Monday, 11 January 2021

Model Kualiti Deming

  Model Kualiti Deming

Seorang ahli statistik Amerika yang dikenali dengan Profesor Edward Deming terkenal dengan usaha yang dilakukan oleh beliau di Jepun semenjak tahun 1950 an. Semasa berada di Jepun, beliau memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada pihak pengurusan tertinggi cara-cara bagi meningkatkan hasil reka bentuk dan juga kualiti dalam perkhidmatan, kualiti produk, jualan di pasaran-pasaran global daripada pelbagai cara termasuklah statistik. Teknik yang diperkenalkan oleh Shewhart digunakan dan setelah itu beliau telah membantu dalam meningkatkan reputasi Jepun dalam mengeluarkan hasil dan juga produk-produk yang berkualiti tinggi. Pengurus dan juga pelajar dan tidak ketinggalan dalam pembaungunan yang dilakukan. Para jurutera dilatih dengan menggunakan kawalan proses kualiti dan menggunakan konsep kualiti itu sendiri. Ilmu yang diperoleh melalui Statistic Process –Control-SPC telah membantu mereka mengeluarkan barangan, produk dan juga hasil yang berkualiti walaupun tidak menggunakan mesin yang mahal. Kumpulan Kwalan kualiti diperkenalkan oleh beliau juga digunakan dalam menyelesaikan permasalahan yang melibatkan kualiti, penambahbaikan berterusan dan juga penyelesaian masalah yang berasaskan fakta. 

Setelah 30 tahun berlalu, iaitu pada tahun 1982, buku tentang Kejuruteraan Lanjutan yang bertajuk ‘Out Of Crisis’dan diterbitkan empat tahun selepas itu iaitu pada tahun 1986. Beliau di dalam bukunya menyatakan bahawa Teori pengurusan berdasarkan 14 poin telah diaplikasikan di dalam perindustrian Amerika Syarikat mampu menyelamatkan mereka daripada jatuh ke tangan Jepun.

Selain daripada itu, di dalam bukunya juga beliau mencetuskan idea bahawa pengurusan kualiti boleh diperolehi daripada ‘Out Of Crisis’. Pengertian bagi kualiti keluaran daripada Deming ini dikemukakan oleh Mohd Ashari (2004) yang mengatakan bahawa ia adalah fungsi kebolehubahan proses yang boleh dikawal oleh pengurusan melalui alat penyelesaian masalah seperti SPC (Statistic Process Control) dan PDCA (Plan Do Check Act). 

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

   Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Menurut Akta Pendidikan 1996, Ketua Nazir Sekolah (KNS) dipertanggungjawabkan untuk memastikan standard pengajaran diwujudkan serta dikekalkan di Institusi Pendidikan (SKPM 2010). Walaupun pada asalnya berfokus kepada pengajaran, namun bidang pengurusan institusi pendidikan juga disenaraikan di dalam skop tanggungjawab ketua nazir Ketua Nazir Sekolah (KNS) dan Nazir Sekolah (NS). 

Oleh kerana itu, Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah memperkenalkan memperkenalkan mekanisme yang lebih sistematik untuk menetapkan standard bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara pada tahun 2001. Mekanisme tersebut dinamakan Sistem Pemastian Peningkatan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (SPPSTKP) atau dinamakan juga sebagai Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP). Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP) membolehkan sekolah membuat penarafan kendiri untuk mengenalpasti kekuatan dan juga kelemahan yang terdapat di sekolah. Kelemahan yang dikelnalpasti dianalisis agar sekolah tersebut dapat merancang program penambahbaikan secara berterusan.

Setelah dilaksanakan selama dua tahun, Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP) dikaji semula dan dilakukan penambahbaikan. Kelemahan yang dikenalpasti ialah bersifat teknikal dan mengambil masa untuk dilaksanakan. Justeru itu, pada tahun 2003, ianya diolah semula dengan penghasilan yang lebih ringkas dan mudah yang dinamakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Penggunaan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) oleh JNJK dan juga bahagian lain di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memeriksa serta menilai sekolah. Sekolah pula menggunakannya untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan dan juga isu yang dihadapi melalui Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) dan maklumat yang diperolehi digunakan untuk melakukan penambahbaikan secara berterusan kepada sekolah.

Merujuk kepada hala tuju JNJK 2010-2015, penekanan kepada aspek kemenjadian murid, perubahan terkini dalam pendidikan seperti Transformasi pendidikan dan juga Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berkaitan pendidikan, penggunaan SKPM semakin meluas dan dilihat sebagai suatu perkara yang penting. Untuk memenuhi keeperluan semasa, SKPM disemak semula dan dimantapkan untuk memenuhi keperluan tersebut dan akhirnya Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM 2010) diperkenalkan. 

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM 2010) dijadikan sebagai rujukan induk standard pendidikan negara. Ianya lebih praktikal, mudah diurus, mesra pengguna serta menitikberatkan maklumbalas pengguna. Prinsip yang digunakan dalam SKPM 2010 adalah mengambilkira perubahan terkini dalam bidang pendidikan dan perkembangan semasa negara. Selain itu, SKPM (2010) juga merangkumi semua aspek yang berkaitan dengan proses pendidikan dan juga pengurusan sekolah sebagai organisasi pembelajaran. SKPM (2010) berfokus kepada fungsi proses dalam sesuatu bidang atau aspek dengan menitikberatkan hasilnya. 

Bagi memastikan skop dan juga kandungan SKPM (2010) menyeluruh dan relevan untuk dilaksanakan, pelbagai usaha dilaksanakan termasuklah rujukan terhadap dokumen, buku, kajian-kajian terdahulu tentang kepimpinan, pengurusan dan pengajaran serta pelbagai standard berkaitan pendidikan dari dalam dan luar negara dibuat. Selain itu, maklumbalas dan juga pandangan dari pelbagai pihak termasuk nazir yang berpengalaman, pegawai-pegawai di KPM, pengetua dan guru besar serta pakar-pakar juga diperolehi. Selain itu juga, kajian rintis di sekolah dari pelbagai jenis dan kategori dilakukan untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan SKPM.

Konsep asas dalam pembentukan SKPM adalah berdasarkan kepada Model Sekolah Berkesan (Sammons, Hillman & Mortimeore, 1995) dan Model Kemenjadian Murid yang telah dikemukakan di dalam hala tuju JNJK 2010-2015. Berdasarkan konsep model berkenaan, setiap unsur, gerak kerja serta penggemblengan sumber di institusi pendidikan memberi sumbangan ke arah kemenjadian murid. Faktor penyumbang kepada proses pembelajaran yang menentukan corak kemenjadian murid ialah termasuklah kepimpinan dan pengurusan institusi pendidikan; profesionalisme keguruan; pengurusan kurikulum dan kokurikulum; prasarana dan sumber pendidikan; pembangunan sahsiah dan kebajikan; partisipasi komuniti dalam pendidikan; dan pembelajaran dan pengajaran serta penilaian. 

Berdasarkan Model Sekolah Berkesan dan Model Penaziran Kemenjadian Murid serta teori dan model lain yang berkaitan, maka jawatankuasa nazir dan jaminan kualiti (JNJK) menghasilkan SKPM 2010 yang terdiri daripada lima standard, iaitu kepimpinan dan hala tuju, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan sukan, dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pengajaran dan terakhir ialah kemenjadian murid. Kelima-lima standard tersebut digunakan untuk mengukur tahap kecemerlangan sekolah. Setiap standard terdiri daripada satu senarai aspek. Setiap aspek terdiri daripada kriteria kritikal. Bagi setiap kriteria kritikal pula, disediakan deskripsi skor. Deskripsi skor mengandungi indikator kualiti yang menjadi panduan dalam penentuan skor. 

Standard ini menghuraikan kandungan SKPM 2010 yang terdiri daripada lima standard. Huraian ini bertujuan membantu pengetua dan guru besar atau pihak yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sekolah untuk memahami kandungan SKPM 2010 dan berusaha ke arah pelaksanaan standard tersebut. 

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)

SKPMg2 adalah kesinambungan kepada SKPM 2010 yang disemak semula. Matlamat utama semakan SKPMg2 adalah untuk memastikan sekolah mendapat manfaat apabila dilaksanakan. Selain itu, ianya bertujuan meningkatkan kualiti pelaksanaan di samping memantapkan kandungan SKPM agar sesuai dengan perkembangan pendidikan semasa.

Lima anjakan yang terdapat di dalam SKPMg2 iaitu berorientasikan tindakan, menitikberatkan kualiti, berasaskan bukti, penekanan kepada peranan dan penggunaan sepanjang tahun iaitu tiga kali semakan setahun. Lima standard yang diperkenalkan di dalam SKPMg2 dimurnikan daripada SKPM 2010 walaubagaimanapun terdapat istilah yang diubahsuai selaras dengan hala tuju dan matlamat pendidikan semasa. Lima standard tersebut ialah kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid. Cara penskoran SKPMg2 adalah melibatkan tindakan dan juga kualiti. Dalam bahagian ini, Oakland menggunakan 14 perkara oleh Deming iaitu.

Edward dan Sallis (1993) menegaskan untuk mengaplikasikan kerja berpasukan dalam konteks pendidikan TQM selalu diterhadkan oleh fungsi kurikulum dan pengurusan. Bagi mewujudkan budaya TQM yang berkesan perlulah menyerapi seluruh institusi dan menggunakannya dalam membuat keputusan dan penyelesaian masalah. Kerja berpasukan memerlukan keterlibatan semua jawatan termasuk guru dan kakitangan sokongan. Pangkat antara guru dan kakitangan merupakan perkara yang menghalang perkarra yang penting dalam kerja berpasukan, dan halangan tersebut perlu dipecahkan.