Monday 11 January 2021

Pembangunan Profesional Berterusan Terbeza (Differentiated CPD)

Pembangunan Profesional Berterusan Terbeza (Differentiated                          CPD)

Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) untuk kepimpinan sekolah yang berprestasi   rendah oleh Institut Aminuddin Baki (IAB). Sebanyak 18 orang pemimpin sekolah   mengikuti dua kursus CPD dan sesi bimbingan   bagi meningkatkan tahap kecekapan. Selain itu juga, Kementerian Pendidikan juga menyediakan pembangunan profesionalisme berterusan terbeza (differentiated) untuk pemimpin sekolah berdasarkan kompetensi dan prestasi. Piagam Pemimpin Sekolah menitikberatkan pembangunan profesional pemimpin sekolah. 

Modul pembangunan profesional berterusan terbeza (differentiated CPD) telah dibangunkan untuk pemimpin yang pelbagai prestasinya. Modul ini membantu mereka meningkatkan potensi diri dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah. Pada tahun 2013, lapan modul baharu dirintis dengan melibatkan 104 pengetua dan guru besar. Modul ini dilaksanakan kepada semua pengetua dan guru besar mulai tahun 2014.  Program CPD dilancarkan dan diagihkan kepada semua pemimpin sekolah bertujuan membangunkan profesionalisme dan memantapkan kompetensi. 

Di samping itu, pemimpin berprestasi tinggi yang terpilih telah diberi peluang mengikuti program sandaran industri bagi mendapatkan pendedahan amalan terbaik di sektor korporat supaya dapat dipelajari dan disesuaikan untuk diamalkan di sekolah.  Kementerian juga telah menyediakan program sokongan kepada pemimpin sekolah untuk meningkatkan daya kepimpinan. Usaha untuk menilai prestasi guru dan pemimpin sekolah secara tahunan bagi memastikan perkhidmatan di sekolah adalah berkualiti dteruskan. Penilaian Prestasi Guru dan Pemimpin Sekolah Menggunakan UI Data asas penilaian prestasi bagi tahun 2015 mendapati 55.1% guru berada pada kategori cemerlang, 39.9% pada kategori tinggi, 4.8% pada kategori sederhana, dan 0.2 % pada kategori rendah.  Penilaian prestasi pemimpin sekolah pula menunjukkan bahawa 80.0% berada dalam kategori cemerlang, 17.7% pada kategori tinggi, 2.2% pada kategori sederhana dan 0.1% pada kategori rendah. 

Kriteria pemilihan baharu untuk pengetua dan guru besar berdasarkan merit serta kelayakan diperkenalkan mulai tahun 2013 dan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2014. Waran Perjawatan Gred Fleksi telah diluluskan oleh agensi pusat pada September 2014 dan telah dilaksanakan pada tahun tersebut bertujuan untuk menangani isu pengisian jawatan guru besar di sekolah rendah. Gred Fleksi ini juga memberi peluang kepada bakal pemimpin sekolah yang berpotensi untuk mengisi jawatan guru besar. Kekosongan jawatan kepimpinan sekolah dahulunya hanya boleh diisi oleh pegawai dengan gred jawatan DGA32/34, kini boleh diisi oleh pegawai berkelayakan dari gred DGA32 sehingga DG48. Oleh itu, peratus kekosongan jawatan guru besar yang telah dapat diisi telah ditingkatkan secara signifikan daripada 56.9% pada Jun 2014 kepada 98.8% pada Disember 2014. 

Kementerian meneruskan usaha untuk menilai prestasi guru dan pemimpin sekolah secara tahunan bagi memastikan perkhidmatan di sekolah adalah berkualiti. Penilaian Prestasi Guru dan Pemimpin Sekolah Menggunakan UI Data asas penilaian prestasi bagi tahun 2015 mendapati 55.1% guru berada pada kategori cemerlang, 39.9% pada kategori tinggi, 4.8% pada kategori sederhana, dan 0.2 % pada kategori rendah.  Penilaian prestasi pemimpin sekolah pula menunjukkan bahawa 80.0% berada dalam kategori cemerlang, 17.7% pada kategori tinggi, 2.2% pada kategori sederhana dan 0.1% pada kategori rendah. 

 

 

Bagi tahun 2016, kementerian berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan setiap sekolah, tanpa mengira lokasi dan tahap prestasi, mempunyai pemimpin yang berkualiti tinggi dan kumpulan pasukan pemimpin sokongan yang kompeten dan membantu dalam meningkatkan prestasi sekolah.

Program sokongan kepada pemimpin sekolah disediakan untuk membolehkan mereka menjadi pemimpin instruksional berprestasi tinggi dan seterusnya menjadi pemimpin distributif seperti yang dihasratkan dalam PPPM. Latihan NPQEL terus diadakan sebagai menyediakan bakal pemimpin sekolah ke arah kecemerlangan. Untuk memberi lebih sokongan berterusan kepada pemimpin pertengahan di sekolah, Kursus Kepimpinan untuk Pemimpin Pertengahan (Leadership Course for Middle Leaders, LCML) telah diperkenal dan dirintis untuk membantu pemimpin peringkat pertengahan mempertingkatkan kemahiran kepimpinan yang diperlukan untuk memastikan mereka diperlengkapi dengan kemahiran sebagai pemimpin pendidikan.

No comments:

Post a Comment