Monday, 11 January 2021

Korelasi Pearson (Pearson Correlation)

                  Korelasi Pearson

Korelasi Pearson diperkenalkan oleh Karl Pearson pada 1895. Korelasi Pearson r digunakan untuk melihat arah hubungan dan kekuatan hubungan antara dua pembolehubah. Kedua-dua pembolehubah yang diuji juga mestilah selanjar (continuous) iaitu sama ada data jenis sela atau nisbah. Sekiranya data jenis ordinal, maka ujian korelasi Spearman’s Rho digunakan. Korelasi Pearson juga tidak hanya menunjukkan arah serta kekuatan hubungan, namun tidak menyatakan sebab-akibat berlakunya perkara tersebut.

Nilai pekali korelasi (r) berbentuk sama ada negatif atau positif bagi menunjukkan bentuk hubungan antara kedua-dua pembolehubah. Nilai pekali korelasi (koefisien) antara .00 hingga 1.00 pula bermaksud kekuatan sesuatu hubungan tersebut. Saranan rule of thumb oleh Johnson dan Nelson (1986) digunakan bagi menerangkan kekuatan korelasi yang tiada hubungan (.00); amat rendah atau sangat lemah (.10 -.30, lemah (.31 – 50), sederhana (.51 -.70), tinggi (.71 - 90), sangat tinggi atau perhubungan sempurna (.9 – 1.00).

No comments:

Post a Comment