Monday 11 January 2021

Data Yang Hilang (Missing Data)

Data Yang Hilang (Missing Data)

Istilah missing data ditakrifkan sebagai masalah statistik yang disebabkan oleh data yang tidak lengkap apabila seorang atau lebih responden di dalam persampelan tidak memberi respon kepada item di dalam soal selidik (Newman,2009). Kebanyakan missing data adalah berpunca daripada responden yang tidak memberi responden kepada kaji selidik, yang mungkin daripada keputusan yang disengajakan mahupun tidak disengajakan (Rogerlberg et al.,2003).   Walau bagaimanapun, data yang hilang juga boleh timbul daripada kesilapan teknikal di pihak penyelidik mahupun instrumen penyelidikan.

Oleh itu, untuk menangani cabaran missing data, menunjukkan bahawa penyelidik harus memastikan perancangan yang betul sebelum mengumpul data. Ini bermakna soal selidik perlu diperiksa dengan teliti untuk menghapuskan atau mengurangkan masalah “missing data " kepada peratusan yang disyorkan sebanyak 10% seperti yang ditetapkan oleh Hair et al., (2014) Hair et. al 2014 mencadangkan bahawa missing data kurang dari 10% dapat diabaikan kerana ia tidak memberi keputusan kepada keseluruhan keputusan.

No comments:

Post a Comment