Monday, 11 January 2021

Uji Normaliti

Ujian normaliti dijalankan untuk memeriksa sama ada set data yang digunakan untuk analisis bertaburan secara normal. Hasemi dan Zahediasl (2012) menyatakan bahawa ujian normaliti biasanya digunakan untuk mengenalpasti sama ada set data yang diperolehi bertaburan secara normal. Untuk memeriksa taburan data, terdapat beberapa Teknik statistik yang boleh digunapakai iaitu Kolmogorov-Smirnov (K-S) Lilliefors corrected K-S test, Anderson-Darling test, and D’Agostino skewness seperti yang dicadangkan oleh (Öztuna, Elhan & Tüccar, 2006). Sehubungan dengan kajian ini, penyelidik akan menggunakan skewness dan kurtosis sebagai teknik utama dalam menilai taburan data yang digunakan dalam kajian ini. Skewness dan kurtosis digunakan di sini seperti kesan saiz, untuk menganggarkan tahap ketidak-normalan, bukannya kepentingan statistik di bawah hipotesis hipotesis nol (Ho & Yu, 2015).

       Skewness memberi pengukuran taburan simetri data sementara kurtosis memberikan anggaran mengenai puncak taburan (Pallant, 2010). Skewness dan kurtosis yang biasa diterima adalah antara +1 dan -1 (Hair et al, 2003).

1 comment:

  1. Ghasemi A, Zahediasl S. (2012) Normality tests for statistical analysis: a guide for non-statisticians. International Journal of Endocrinology and Metabolism 10(2):486-489

    ReplyDelete