Monday 11 January 2021

Statistik deskriptif

Statistik deskriptif

Statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri pembolehubah. Ia digunakan untuk membuat kesimpulan mengenai data numerical. Statistik deskriptif tidak boleh digeneralisasikan daripada sampel kajian kepada populasi. Statistik deskriptif yang digunakan untuk menganalisis data ialah frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Skor min dan interpretasi yang digunakan ialah 1.00-1.80 dikatakan sangat rendah, manakala 1.81 hingga 2.60 ialah rendah. Nilai 2.61 hingga 3.20 ialah sederhana dan 3.21 hingga 4.20 dikatakan tinggi. Akhir sekali, nilai 4.21 hingga 5.00 dikatakan sangat tinggi. Ringkasan bagi keterangan nilai boleh dirujuk di dalam Jadual 3.1 berikut;

Jadual 3.1 Skor Min dan Intrepretasi

Skor Min dan Intrepretasi

Skor Min

Interpretasi

1.00-1.80

Sangat rendah

1.81-2.60

Rendah

2.61-3.20

Sederhana

3.21-4.20

Tinggi

4.21-5.00

Sangat tinggi

Sumber: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (2006)

Di dalam kajian ini, nilai min akan menentukan sejauh mana tahap kecerdasan emosi, pengurusan kualiti dan juga kompetensi pengetua yang berkhidmat di seluruh Sarawak. 

No comments:

Post a Comment