Monday 11 January 2021

Anova

  Anova

Ujian Anova (F) sering dipanggil ujian varians atau analisis varians atau analisis varians (analisis varians ANOVA) membandingkan nilai F yang dikira dengan nilai F standard atau F. Ia juga boleh dikatakan bahawa ujian F adalah untuk menguji persamaan dua variasi atau persamaan dua populasi. F pengiraan aritmetik atau F ialah perbandingan varians dua kumpulan data; atau perbandingan antara varians rawatan dan varians residual dalam eksperimen. 

           Anova sehala

Ujian ANOVA sehala digunakan untuk mengenalpasti nilai signifikan lebih daripada dua pembolehubah. Menurut Mok Soon Sang (2009), apabila pengkaji menggunakan kaedah ini untuk menganalisis data, pengkaji akan menggunakan nisbah F yang membolehkan variasi dikaji di antara kumpulan dan di dalam kumpulan.

Nisbah F = Varians di antara kumpulan

                         Varians dalam kumpulan

 

Ujian ANOVA sehala digunakan untuk menjawab persoalan bagi objektif kedua di dalam kajian ini iaitu mengenalpasti tahap perbezaan amosi, pengurusan kualiti dan juga kompetensi pengetua berdasarkan umur dan pengalaman. Hipotesis nul yang dibentuk daripada objektif ini ialah tidak terdapat tahap perbezaan kecerdasan emosi, pengurusan kualiti dan kompetensi berdasarkan umur dan pengalaman manakala hipotesis alternatif pula ialah terdapat perbezaan kecerdasan emosi, pengurusan kualiti dan kompetensi pengetua berdasarkan umur dan pengalaman.

No comments:

Post a Comment