Monday, 11 January 2021

Model Kompetensi Iceberg

 Model Kompetensi Iceberg

Model Kompetensi merupakan satu set kompetensi yang diolah dengan cara yang unik bagi menentukan kecemerlangan sesebuah organisasi, kumpulan perkhidmatan, tugas dan peranan yang perlu dijayakan oleh seseorang pekerja. Model kompetensi dapat menunjukkan gabungan kompetensi dihubungkait dengan suatu tugas spesifik bagi penghasilan output yang cemerlang. 

Model kompetensi juga dapat memberi gambaran mengenai budaya sesebuah organisasi. Model kompetensi yang dibina menjadi adalah unik bagi sesebuah organisasi kerana ia mengambil kira budaya kerja dan fungsi tugas di dalam organisasi tersebut. Menurut Lucia dan Lepsinger (1999), model kompetensi (competency model) sebagai kombinasi dari pengetahuan, keterampilan dan sifat diperlukan oleh orang-orang yang bekerja dalam suatu organisasi sehingga terbentuk suatu budaya kerja yang sihat dan pencapaian hasil yang diinginkan. Jika pengetahuan, sifat dan keterampilan belum dapat dicapai sesuai dengan standard yang diperlukan untuk suatu pekerjaan, maka ketiga unsur kompetensi itu boleh dikembangkan melalui pelatihan-pelatihan. Ketiga elemen kompetensi iaitu pengetahuan, ketrampilan, dan sifat.  

Dimensi sifat atau sifat-sifat personal adalah yang paling kompleks dan tidak mudah diukur sebagaimana pengetahuan dan keterampilan. Hal itu disebabkan luasnya wilayah sifat personal itu sendiri. Keperibadian terdapat unsur-unsur individual yang berbeza dengan individu lain seperti kepercayaan terhadap diri, kestabilan emosi, kepekaan, keyakinan diri dan sebagainya. Elemen-elemen tersebut merupakan faktor yang menunjukkan perbezaan tahap prestasi yang dikaitkan dengan kompetensi di antara individu yang cemerlang (outstanding preformer) dengan individu yang biasa prestasinya (average performer).

Model Kompetensi Iceberg sangat popular digunakan dalam penyelidikan pendidikan terutamanya dalam mengkaji tahap kompetensi pengetua, guru-guru dan pelajar. Model ini yang menekankan tiga elemen utama iaitu kompetensi pengetahuan (domain kognitif), kompetensi kemahiran (domain psikomotor) dan kompetensi sifat (domain afektif). Elemen-elemen tersebut merupakan faktor yang menunjukkan perbezaan tahap prestasi yang dikaitkan dengan kompetensi di antara individu yang cemerlang (outstanding preformer) dengan individu yang biasa prestasinya (average performer). Model ini sangat sesuai diaplikasikan dalam penyelidikan pendidikan kerana model kompetensi merupakan satu set kompetensi yang diolah dengan cara unik bagi menentukan kecemerlangan sesebuah organisasi, kumpulan perkhidmatan, tugas dan peranan yang perlu dijayakan oleh seseorang individu. Tiga elemen di dalam model tersebut ialah pengetahuan (knowledge), kemahiran(skills) dan juga sifat (attribute).

No comments:

Post a Comment