Monday 11 January 2021

Ujian T

 Ujian T

Sebelum menggunakan ujian t, pengkaji perlu pastikan terlebih dahulu tentang data yang hendak digunakan dan sampel yang hendak dianalisis. Beberapa andaian yang diperlukan sebelum menggunakan ujian t (Bhasah Abu Bakar, 2007) iaitu persampelan adalah rawak, mempunyai taburan data yang normal serta data mestilah daripada skala interval atau skala ratio.

(a)       Ujian T Satu Sampel (One Sample T Test)

Ujian t satu sampel adalah ujian statistik yang digunakan untuk menguji rata-rata nilai taburan dengan andaian bahawa taburan sampel ialah normal. Ujian t satu sampel dijalankan untuk mengenal pasti Menurut Majid Konting (2009), Ujian T ialah ujian yang boleh digunakan bagi menentukan perbezaan di antara dua kumpulan sampel bebsa yang diambil daripada populasi yang sama. Ia digunakan untuk Mengenalpasti hubungan sebab dan akibat serta membuat perbandingan di antara dua min di bawah saiz sampel yang kecil. 

(b)       Ujian T bersandar (Paired Sample T Test)

Ujian t bersandar digunakan untuk mencari perbezaan dua min yang berpasangan Membandingkan minantara dua kumpulan yang berkaitan dengan pembolehubah berterusan yang sama dengan andaian iaitu pembolehubah bersandar adalah interval atau ratio, perbezaan dalam pembolehubah bersandar antara kedua-dua kumpulan berkaitan kira-kira normal. Pembolehubah bebas adalah terdiri daripada dua kumpulan berkaitan atau "dipadankan-pasangan". 

(c)        Ujian T Tidak Bersandar (Bebast Sample T test)

Ujian T Tidak Bersandar ialah ujian yang membandingkan antara dua kumpulan yang tidak berkaitan dengan pembolehubah bersandar yang sama, dengan andaian pembolehubah bebas terdiri daripada dua kumpulan bebas dan pembolehubah bersandar adalah sama ada selang atau nisbah, pembolehubah bersandar adalah normal dan ia menyamai perbezaan di antara kedua-dua kumpulan (kehomogenan varians). Ujian t bebas dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan satu pemboleh ubah bersandar berdasarkan satu pemboleh ubah bebas (2 kumpulan).

Di dalam kajian ini, Ujian t digunakan untuk menjawab persoalan kepada objektif kedua iaitu iaitu mengenalpasti tahap perbezaan amosi, pengurusan kualiti dan juga kompetensi pengetua berdasarkan jantina. Hipotesis nul yang dibentuk daripada objektif ini ialah tidak terdapat tahap perbezaan kecerdasan emosi, pengurusan kualiti dan kompetensi berdasarkan umur dan pengalaman manakala hipotesis alternatif pula ialah terdapat perbezaan kecerdasan emosi, pengurusan kualiti dan kompetensi pengetua berdasarkan jantina. 

No comments:

Post a Comment