Saiz Sampel
Menurut Garson (2007) berdasarkan 72 kajian SEM, 198 sampel adalah sederhana. Hoyle (1995) menyarankan sekurang-kurangnya 100 kes dan seelok-eloknya 200 kes. Sampel yang kecil walaupun normal dari segi multivariate, akan menghasilkan Chi-square (χ2) yang inflated. Saiz sampel diberi keutamaan dalam aplikasi SEM kerana saiz sampel yang kecil boleh menyebabkan keputusan atau dapatan yang rendah dari segi kebolehpercayaan.
Kebanyakan pengkaji mencadangkan 100-150 sampel untuk model yang mudah (Kline,1998; Chou & Bentler,1995). Beberapa pengkaji mencadangkan 10 sampel bagi setiap parameter yang dihitung (Roth, Wiebe, Fillingim, & Shay, 1989). Kes-kes yang mempunyai lebih dari 50% missing data dibuang (Hair, 1998). Outliers dikenal pasti melalui analisis Mahalanobis distance. Kes-kes ini juga dikeluarkan kerana kehadirannya akan menganggu dapatan.
No comments:
Post a Comment