Monday, 11 January 2021

Isu-isu pelaksanaan Model Kompetensi

Isu-isu pelaksanaan Model Kompetensi

Terdapat pelbagai isu dalam pelaksanan Model Kompetensi dalam pendidikan. Antaranya proses sosialisasi, penambahbaikan dan pengemaskinian Model Kompetensi itu sendiri, kesinambungan Model Kompetensi, Kebenaran hak milik, dan mengekalkan momentum perubahan.

 Proses sosialisasi

Tempoh proses sosialisasi model kompetensi adalah dianggarkan dari enam bulan hingga ke dua tahun. Anggaran ini dibuat berdasarkan pengalaman pihak-pihak swasta yang telah melaluinya. Cepat atau lambatnya proses ini bergantung kepada tiga faktor kritikal kejayaan yang telah dijelaskan sebelum ini. Perancangan tertentu perlu dibuat untuk memanfaatkan hampir 500 orang Change Agent yang telah pun diberi pendedahan awal Model Kompetensi, untuk mempercepatkan proses sosialiasi. Keputusan polisi juga mungkin perlu diambil untuk menentukan pihak mana yang akan terlibat dengan proses pengurusan perubahan selanjutnya. 

Penambahbaikan dan Pengemaskinian Model Kompetensi

Langkah-langkah awal perlu diambil bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kelompangan (loop hole) dalam model kompetensi yang baru dibangunkan ini. Ia termasuklah merangka proses dan prosedur yang perlu dilalui oleh setiap agensi bagi mempastikan sebarang maklum balas mengenainya dapat ditangani pada kadar segera, sistematik dan seragam.

Kesinambungan Model Kompetensi

Antara isu yang wajar diberi perhatian ialah memastikan model kompetensi terus bergerak secara dinamik, searah dan semasa dengan anjakan budaya kerja dan cabaran yang dihadapinya. Ianya termasuklah trend budaya kerja perkhidmatan awam pada masa akan datang yang beralih daripada fungsi dan proses kepada berasaskan masa (time-based) dan rangkaian hubungan (networking). Dalam masa yang sama, cabaran juga sentiasa berubah yang mempengaruhi suasana luar model ini sama ada is menjadi faktor pendorong atau penggerak. Perubahan-perubahan ini menuntut kajian dilakukan ke atas model kompetensi pada selang masa tertentu bagi memastikan ianya terus relevan dan menangani realiti sebenar organisasi. Pengurusan pangkalan data juga perlu diwujudkan untuk membuat pemantauan mengenai perkembangan prestasi, perubahan persekitaran dan juga perkembangan kompetensi di semua agensi terlibat.

Kebenaran hak milik

Terdapat beberapa instrumentasi dan teknik dalam pembinaan model kompetensi yang merupakan hak milik juru perunding. Keputusan polisi mungkin perlu dibuat untuk mendapatkan hak daripada Juru Perunding terlibat, bagi menggunakan beberapa instrumentasi dan teknik tersebut secara terbatas dalam perkhidmatan awam. Ini akan dadapat mengurangkan kos yang banyak apabila teknik dan instrumentasi yang sama akan digunakan kelak bagi membina model kompetensi agensi-agensi lain dalam perkhidmatan awam.

Mengekalkan momentum perubahan

Pelaksanaan model kompetensi sebagai etos baru perkhidmatan awam memerlukan mereka yang mempunyai minat yang mendalam terhadap keseluruhan inisiatif ini. Pertukaran pegawai-pegawai akibat kenaikan pangkat atau atas sebab-sebab lain, mungkin memperlahankan momentum perubahan yang ingin di bawa. Bebanan tugas yang semakin bertambah kesan dari perkembangan semasa dan isu-isu baru, juga akan menyebabkan fokus dan tenaga yang dicurahkan semakin mencair. Adalah penting agar wujudnya satu entiti khusus yang akan membangunkan gagasan model kompetensi ini. 

Entiti tersebut pada peringkat awalnya mungkin dalam bentuk task force atau unit kecil di semua agensi berkaitan. Ia perlulah mempunyai fungsi yang fokus dan diberi mandat yang mencukupi untuk melaksanakan peranannya. Pada peringkat yang lebih jauh, entiti ini mungkin perlu diberi kuasa yang lebih luas hingga akhirnya mungkin perlu ditubuhkan satu institusi khas yang akan memantau dan membuat penyelidikan dalam bidang kompete

No comments:

Post a Comment