Monday 11 January 2021

Covid 19: Kesan kepada PPPM anjakan 7:Memanfaatkan ICT untuk meningkatkan kualiti pembelajaran

Covid 19: Kesan kepada PPPM anjakan 7:Memanfaatkan ICT untuk meningkatkan kualiti pembelajaran

Dalam menghadapi penularan wabak Covid 19, sistem pendidikan negara menghadapi perubahan mendadak terhadap perkembangan ICT dalam pendidikan di mana ia melebihi sasaran. Di antara kandungan anjakan ke & ini adalah seperti berikut. 

Anjakan 7 PPPM (2013-2025) sumber : Majalah Pendidik

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information Communication and Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilihat semakin penting. ICT merujuk kepada teknologi seperti perkakasan, perisian, telekomunikasi dan rangkaian sama ada dalam bentuk yang nyata (tangible) (contohnya komputer peribadi, pelayan, routers, kabel) dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) (contohnya perisian komputer).

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information Communication and Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilihat semakin penting. ICT merujuk kepada teknologi seperti perkakasan, perisian, telekomunikasi dan rangkaian sama ada dalam bentuk yang nyata (tangible) (contohnya komputer peribadi, pelayan, routers, kabel) dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) (contohnya perisian komputer).

Pelbagai aplikasi bagi tujuan pendidikan sama ada di peringkat sekolah mahupun pendidikan tinggi telah dibangunkan. Antaranya adalah pembangunan perisan kursus, laman web, aplikasi mobil (Mobile apps), sistem pengurusan pembelajaran, Massive Open Online Course (MOOC) dan lain-lain aplikasi. Perkembangan pesat teknologi ICT ini secara tidak langsung mewujudkan persekitaran pembelajaran lebih fleksibel dari segi masa, tempat dan pedagogi. Malahan, ICT membolehkan pengguna mengadakan kolaborasi secara lebih meluas.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Teknologi ICT membolehkan individu menyampaikan maklumat dan berinteraksi bersama pengguna secara sinkroni atau asinkroni. Dalam erti kata lain, ICT mampu bertindak sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Pengkaji-pengkaji lepas juga telah menunjukkan akan keberkesanan penggunaan teknologi ini semasa dalam PDPc.

Kesungguhan kerajaan untuk mengintegrasikan ICT dalam sistem pendidikan merupakan manifestasi daripada kesedaran akan kekuatan yang ada pada ICT akan kemampuannya untuk memperkasakan dan membentuk generasi yang sememangnya ‘digital natives’ iaitu generasi celik IT semenjak kecil lagi. Hasrat ini jelas dinyatakan dalam Anjakan ke-7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

Pelbagai inisiatif telah direncanakan seperti mana terkandung dalam pelan tersebut. Antaranya meningkatkan akses Internet di semua sektor pendidikan dan sekolah. Internet memberi impak besar dalam bidang pendidikan selain memberi sumbangan kepada ekonomi negara pada abad ke-21 ini. Pelbagai maklumat yang berkualiti dan terkini dapat di akses oleh guru dan murid pada bila-bila masa tidak kira di mana sahaja.

Dalam erti kata lain, Internet membolehkan komunikasi dan pencarian maklumat dilakukan tanpa batasan geografi dan masa.

Kelebihan ini disedari oleh KPM bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia melalui penggunaan ICT. Antaranya, mewujudkan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet. Dalam masa yang terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah melalui 1BestariNet.

Rangkaian ini bertindak sebagai asas pembinaan landasan pembelajaran maya bagi kegunaan guru, murid dan ibu bapa untuk berkongsi sumber pembelajaran, melaksanakan pembelajaran secara interaktif dan berkomunikasi secara Pembelajaran Maya atau melalui Persekitaran Frog VLE. Selain itu, pelbagai bentuk latihan kecekapan ICT akan diberikan kepada semua guru.

Bagi merealisasikan hasrat ini, KPM dalam usaha meningkatkan nisbah peranti-murid kepada 1 : 10 menjelang 2020. Ini dilaksanakan melalui pembelian peranti yang bersesuaian bagi penggunaan PdP, seperti komputer asas atau komputer riba kos rendah.

Di samping itu, penggunaan kemudahan ICT alternatif yang baharu serta lebih murah berbanding penggunaan makmal komputer yang ada sekarang telah dilaksanakan. Antaranya adalah penyediaan perpustakaan peminjaman komputer riba dan computer-on-wheels. Semua inisiatif ini bertujuan memaksimumkan impak pelaburan oleh kerajaan dalam penyediaan prasarana dan aplikasi ICT.

Penyediaan prasarana ICT yang canggih tidak dapat memberi impak besar tanpa penyediaan bahan berkualiti untuk kegunaan murid dan guru. Ini memandangkan ICT hanya sebagai alat untuk murid dan guru akses kepada sesuatu bahan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Bagi tujuan itu, KPM terus menambah kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik. Ini membolehkan guru akses lebih banyak contoh sumber pengajaran terbaik secara atas talian.

Antara langkah awal adalah mewujudkan perpustakaan video bagi merekod amalan guru terbaik menyampaikan pengajaran terutama dalam mata pelajaran kritikal. Akses kepada sumber ini dimulai dengan pewujudan perpustakaan video pengajaran oleh guru cemerlang dalam mata pelajaran penting seperti Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Dari semasa ke semasa, KPM menambah koleksi ini bagi membolehkan guru memperoleh sumber iuntuk mendapatkan idea, disamping murid pula dapat menjadikannya sebagai bahan ulang kaji. Hasrat ini juga selaras dengan tren pembelajaran masa kini melalui penggunaan Massive Open Online Course (MOOC) dalam pendidikan tinggi yang membolehkan pendidik memuat naik bahan pengajaran dan pembelajaran berbentuk video. Pengunaan MOOC sebagai salah satu bentuk pembelajaran atas talian ini mula popular dalam kalangan pelajar universiti awam.

Kemunculan portal pembelajaran berbentuk Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Mana­gement System) telah menjadikan sistem pendidikan lebih menarik dan pembelajaran sekarang tidak tertumpu dalam bilik darjah sahaja tetapi juga boleh dilaksanakan di luar bilik darjah. Malahan, penggunaan aplikasi ini membolehkan pel­bagai bentuk pembelajaran dija­lan­kan seperti pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kendiri.

Pembelajaran seumpama ini mem­bolehkan murid menikmati pengalaman pem­belajaran yang lebih bersifat peribadi serta boleh meningkatkan kapasiti dan pembelajaran secara lebih khusus. Malahan mereka dapat mempelajari mata pelajaran yang tidak ditawarkan di sekolah, dan belajar secara langsung dengan guru terbaik secara pembelajaran jarak jauh. Melalui pembelajaran berasaskan kendiri, murid boleh memilih bahan daripada Internet yang bersesuaian dengan kehendak mereka yang mana setiap bahan tersebut boleh dimiliki oleh semua pelajar.

Daripada anjakan tersebut, bukti perkembangan yang positif dan peningkatan daya ICT dalam pendidikan berkembang 200 peratus dan ini mengatasi sasaran PPPM. Buktinya, guru-guru rata-ratanya mengajar murid secara online dan ada juga yang membuat channel pembelajaran sendiri. Sesungguhnya usaha para guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran haruslah mendapat pujian. Tahniah pendidik!!!

Model Kualiti Crosby

Model Kualiti Crosby

Crosby memulakan kerjayanya bermula pada tahun 1952 yang pada mulanya seorang juruteknik berubah menjadi seorang jurutera. Bukunya yang bertajuk Quality is Free yang diterbitkan pada tahun 1979. Pada akhirnya, Crosby menerbitkan bukunya yang berjudul Quality is Free mendapat sambutan hangat dan syarikat yang beliau tubuhkan ialah Crosby Associates Incorporate. Begitu juga bukunya berjudul Quality Without tears juga mendapat sambutan Crosby berpendapat bahawa majoriti daripada organisasi menghabiskan sekitar 20 peratus daripada perolehan syarikat dengan melakukan perkara yang salah dan ia dilakukan secara berterusan. 

Konsep Kecacatan Sifar diperkenalkan selepas Crosby mendapati berlakunya penyelewengan dalam memastikan pengeluaran berterusan dibiarkan. Beliau menegaskan bahawa disebalik penumpuan terhadap hasil akhir, langkaholangkah pencegahan untuk memastikan barangan dan perkhidmatan bebeas daripada sebarang kecacatan.  Justeru, pakar kualiti tidak menerima konsep tersebut dan mereka tidak bersependapat dengan Crosby. Mereka menyatakan bahawa untuk mencapai matlamat itu adalah sesuatu yang mustahil oleh sesebuah organisasi. Crosby berpegang kepada dasar kepercayaan bahawa setiap pekerja mempunyai potensi dan juga keupayaan melakukan sesuatu pekerjaan dengan baik selagi pihak pengurusan atasan memberikan mereka kemudahan dan juga menggalakkan mereka menetapkan matlamat peningkatan kualiti masing-masing.  Selain itu juga, komunikasi bersama pihak atasan juga membantu dalam mengelakkan pengeluaran yang tidak berkualiti dan juga bertindak mengatasi cabaran yang akan mengurangkan penglibatan pekerja. 

Kesimpulannya, setelah membincangkan berkenaan model-model kualiti, dapat dirumuskan bahawa Crosby, Juran dan juga Deming mempunyai pendapat yang sama bahawa tanggungjawab utama pengurusan kualiti adalah kepada pihak pengurusan atasan kerana pengurusan yang menetapkan kaedah, proses dan juga system pelaksanaan untuk mencapai kualiti dalam sesuatu organisasi. Dalam hal ini, pendekatan top-down adalah yang paling sesuai untuk diamalkan.

Selain itu, penggunaan pendekatan kerja berpasukan banyak mempunyai kelebihan bagi menyelesaikan masalah dalam industri, perdagangan dan perkhidmatan. Antaranya, pelbagai masalah boleh diatasi, yang diluar keupayaan sebarang individu, atau bahkan sebuah jabatan, masalah didedahkan kepada kepelbagaian pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang lebih luas, pendekatan tersebut adalah lebih memuaskan kepada anggota pasukan dan menaikkan semangat, masalah yang merentasi sempadan jabatan atau fungsi boleh diatasi dengan lebih mudah dan syor-syor berkemungkinan dilaksanakan daripada saranan individu.

Edward dan Sallis (1993) menegaskan untuk mengaplikasikan kerja berpasukan dalam konteks pendidikan pengurusan kualiti selalu diterhadkan oleh fungsi kurikulum dan pengurusan. Bagi mewujudkan budaya pengurusan kualiti yang berkesan perlulah menyerapi seluruh institusi dan menggunakannya dalam membuat keputusan dan penyelesaian masalah. Kerja berpasukan memerlukan keterlibatan semua jawatan termasuk guru dan kakitangan sokongan. Pangkat antara guru dan kakitangan merupakan perkara yang menghalang perkarra yang penting dalam kerja berpasukan, dan halangan tersebut perlu dipecahkan.

Model Kualiti Juran (The Juran Trilogy)

Model Kualiti Juran (The Juran Trilogy)

Joseph Juran ialah merupakan seorang jurutera yang berkelulusan Dr. Falsafah (PhD) dan bekerja di Wastern Electric pada tahun 1924 sehingga tahun 1941. Pada awal tahun 1950 an, Juran telah dipanggil Deming ke Jepun untuk mengadakan seminar berkenaan pengurusan kualiti kepada pihak pertengahan dan juga atasan syarikat. Menurut Besterfield et al. (2003), pendekatan yang dibawakan oleh beliau lebih berfokuskan kepada aspek pengurusan dengan menitikberatkan komitmen dan juga penyertaan daripada pihak atasan. Sistem Pengurusan Juran (Juran Management System-JMS) adalah merupakan sistem pengurusan perniagaan yang dikatakan sebagai menyeluruh. Ini adalah berikutan daripada hasil dapatan dan juga kajian yang dijalankan oleh Dr. Joseph M Juran dan Institut Juran.

JMS dikenali sebagai Juran Trilogy termasuklah proses merancang, mengawal dan juga meningkatkan kualiti yang berbentuk barangan dan juga proses. Besterfield et al. (2003) mengatakan Juran Trilogy melibatkan proses, dan juga aktiviti perancangan, kawalan dan juga penambahbaikan. Juran juga menciptakan Servis Six Sigma iaitu bertujuan meningkatkan keupayaan organisasi menumpukan perhatian terhadap perjalanan proses peningkatan kualiti. Pande (2007) menyatakan bahawa enam sigma bersandar atau pembangunan dan penciptaan semula, penambahbaik ataupun produk berfokus kepada pelanggan dan perkhidmatan. 

Justeru itu, Enam Sigma bersandar dapat disimpulkan sebagai menyatukan seluruh kmpnen organisasi bagi meningkatkan keupayaan dalam memenuhi kehendak pelanggan melalui peningkatan kualiti.  Selain itu juga, Sistem pengurusan Juran (JMS) juga dapat membantu sesebuah organisasi bagi mencapai sesuatu tahap yang paling tinggi dalam usaha penigkatan system pngurusan kualiti.

Model Kualiti Deming

  Model Kualiti Deming

Seorang ahli statistik Amerika yang dikenali dengan Profesor Edward Deming terkenal dengan usaha yang dilakukan oleh beliau di Jepun semenjak tahun 1950 an. Semasa berada di Jepun, beliau memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada pihak pengurusan tertinggi cara-cara bagi meningkatkan hasil reka bentuk dan juga kualiti dalam perkhidmatan, kualiti produk, jualan di pasaran-pasaran global daripada pelbagai cara termasuklah statistik. Teknik yang diperkenalkan oleh Shewhart digunakan dan setelah itu beliau telah membantu dalam meningkatkan reputasi Jepun dalam mengeluarkan hasil dan juga produk-produk yang berkualiti tinggi. Pengurus dan juga pelajar dan tidak ketinggalan dalam pembaungunan yang dilakukan. Para jurutera dilatih dengan menggunakan kawalan proses kualiti dan menggunakan konsep kualiti itu sendiri. Ilmu yang diperoleh melalui Statistic Process –Control-SPC telah membantu mereka mengeluarkan barangan, produk dan juga hasil yang berkualiti walaupun tidak menggunakan mesin yang mahal. Kumpulan Kwalan kualiti diperkenalkan oleh beliau juga digunakan dalam menyelesaikan permasalahan yang melibatkan kualiti, penambahbaikan berterusan dan juga penyelesaian masalah yang berasaskan fakta. 

Setelah 30 tahun berlalu, iaitu pada tahun 1982, buku tentang Kejuruteraan Lanjutan yang bertajuk ‘Out Of Crisis’dan diterbitkan empat tahun selepas itu iaitu pada tahun 1986. Beliau di dalam bukunya menyatakan bahawa Teori pengurusan berdasarkan 14 poin telah diaplikasikan di dalam perindustrian Amerika Syarikat mampu menyelamatkan mereka daripada jatuh ke tangan Jepun.

Selain daripada itu, di dalam bukunya juga beliau mencetuskan idea bahawa pengurusan kualiti boleh diperolehi daripada ‘Out Of Crisis’. Pengertian bagi kualiti keluaran daripada Deming ini dikemukakan oleh Mohd Ashari (2004) yang mengatakan bahawa ia adalah fungsi kebolehubahan proses yang boleh dikawal oleh pengurusan melalui alat penyelesaian masalah seperti SPC (Statistic Process Control) dan PDCA (Plan Do Check Act). 

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

   Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Menurut Akta Pendidikan 1996, Ketua Nazir Sekolah (KNS) dipertanggungjawabkan untuk memastikan standard pengajaran diwujudkan serta dikekalkan di Institusi Pendidikan (SKPM 2010). Walaupun pada asalnya berfokus kepada pengajaran, namun bidang pengurusan institusi pendidikan juga disenaraikan di dalam skop tanggungjawab ketua nazir Ketua Nazir Sekolah (KNS) dan Nazir Sekolah (NS). 

Oleh kerana itu, Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah memperkenalkan memperkenalkan mekanisme yang lebih sistematik untuk menetapkan standard bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara pada tahun 2001. Mekanisme tersebut dinamakan Sistem Pemastian Peningkatan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (SPPSTKP) atau dinamakan juga sebagai Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP). Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP) membolehkan sekolah membuat penarafan kendiri untuk mengenalpasti kekuatan dan juga kelemahan yang terdapat di sekolah. Kelemahan yang dikelnalpasti dianalisis agar sekolah tersebut dapat merancang program penambahbaikan secara berterusan.

Setelah dilaksanakan selama dua tahun, Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP) dikaji semula dan dilakukan penambahbaikan. Kelemahan yang dikenalpasti ialah bersifat teknikal dan mengambil masa untuk dilaksanakan. Justeru itu, pada tahun 2003, ianya diolah semula dengan penghasilan yang lebih ringkas dan mudah yang dinamakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Penggunaan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) oleh JNJK dan juga bahagian lain di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memeriksa serta menilai sekolah. Sekolah pula menggunakannya untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan dan juga isu yang dihadapi melalui Penarafan Kendiri Sekolah (PKS) dan maklumat yang diperolehi digunakan untuk melakukan penambahbaikan secara berterusan kepada sekolah.

Merujuk kepada hala tuju JNJK 2010-2015, penekanan kepada aspek kemenjadian murid, perubahan terkini dalam pendidikan seperti Transformasi pendidikan dan juga Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berkaitan pendidikan, penggunaan SKPM semakin meluas dan dilihat sebagai suatu perkara yang penting. Untuk memenuhi keeperluan semasa, SKPM disemak semula dan dimantapkan untuk memenuhi keperluan tersebut dan akhirnya Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM 2010) diperkenalkan. 

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM 2010) dijadikan sebagai rujukan induk standard pendidikan negara. Ianya lebih praktikal, mudah diurus, mesra pengguna serta menitikberatkan maklumbalas pengguna. Prinsip yang digunakan dalam SKPM 2010 adalah mengambilkira perubahan terkini dalam bidang pendidikan dan perkembangan semasa negara. Selain itu, SKPM (2010) juga merangkumi semua aspek yang berkaitan dengan proses pendidikan dan juga pengurusan sekolah sebagai organisasi pembelajaran. SKPM (2010) berfokus kepada fungsi proses dalam sesuatu bidang atau aspek dengan menitikberatkan hasilnya. 

Bagi memastikan skop dan juga kandungan SKPM (2010) menyeluruh dan relevan untuk dilaksanakan, pelbagai usaha dilaksanakan termasuklah rujukan terhadap dokumen, buku, kajian-kajian terdahulu tentang kepimpinan, pengurusan dan pengajaran serta pelbagai standard berkaitan pendidikan dari dalam dan luar negara dibuat. Selain itu, maklumbalas dan juga pandangan dari pelbagai pihak termasuk nazir yang berpengalaman, pegawai-pegawai di KPM, pengetua dan guru besar serta pakar-pakar juga diperolehi. Selain itu juga, kajian rintis di sekolah dari pelbagai jenis dan kategori dilakukan untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan SKPM.

Konsep asas dalam pembentukan SKPM adalah berdasarkan kepada Model Sekolah Berkesan (Sammons, Hillman & Mortimeore, 1995) dan Model Kemenjadian Murid yang telah dikemukakan di dalam hala tuju JNJK 2010-2015. Berdasarkan konsep model berkenaan, setiap unsur, gerak kerja serta penggemblengan sumber di institusi pendidikan memberi sumbangan ke arah kemenjadian murid. Faktor penyumbang kepada proses pembelajaran yang menentukan corak kemenjadian murid ialah termasuklah kepimpinan dan pengurusan institusi pendidikan; profesionalisme keguruan; pengurusan kurikulum dan kokurikulum; prasarana dan sumber pendidikan; pembangunan sahsiah dan kebajikan; partisipasi komuniti dalam pendidikan; dan pembelajaran dan pengajaran serta penilaian. 

Berdasarkan Model Sekolah Berkesan dan Model Penaziran Kemenjadian Murid serta teori dan model lain yang berkaitan, maka jawatankuasa nazir dan jaminan kualiti (JNJK) menghasilkan SKPM 2010 yang terdiri daripada lima standard, iaitu kepimpinan dan hala tuju, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan sukan, dan hal ehwal murid, pembelajaran dan pengajaran dan terakhir ialah kemenjadian murid. Kelima-lima standard tersebut digunakan untuk mengukur tahap kecemerlangan sekolah. Setiap standard terdiri daripada satu senarai aspek. Setiap aspek terdiri daripada kriteria kritikal. Bagi setiap kriteria kritikal pula, disediakan deskripsi skor. Deskripsi skor mengandungi indikator kualiti yang menjadi panduan dalam penentuan skor. 

Standard ini menghuraikan kandungan SKPM 2010 yang terdiri daripada lima standard. Huraian ini bertujuan membantu pengetua dan guru besar atau pihak yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sekolah untuk memahami kandungan SKPM 2010 dan berusaha ke arah pelaksanaan standard tersebut.