Monday 11 January 2021

Syarat baharu Pelantikan (NKRA 2012)

Syarat baharu Pelantikan (NKRA 2012)

Syarat baharu yang dihasratkan di dalam Piagam Pemimpin Sekolah bertujuan memperkukuhkan syarat dalam pemilihan dan proses perancangan bagi pengetua dan guru besar. Lembaga Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) menetapkan dan meluluskan syarat baharu pada 8 Oktober 2013 dan akan digunakan secara sepenuhnya pada pengambilan Julai pada tahun 2014. 

Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) telah dibangunkan dalam sistem e-Pangkat bagi memberikan maklumat awal kekosongan jawatan pengetua dalam tempoh enam bulan sebelum jawatan tersebut dikosongkan atas sebab persaraan. Melalui modul tersebut, individu yang berminat dan memenuhi syarat boleh memohon jawatan pengetua. Pemohon yang layak akan melalui proses temuduga yang akan dikendalikan oleh pihak JPN dan PPD. Sistem baharu ini akan diterima guna untuk pelantikan kumpulan pengetua dan guru besar baharu mulai bulan Julai 2013.

Kriteria pemilihan baharu untuk pengetua dan guru besar berdasarkan merit dan kelayakan diperkenalkan mulai tahun 2013 dan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2014. Waran Perjawatan Gred Fleksi telah diluluskan oleh agensi pusat pada September 2014 dan telah dilaksanakan pada tahun tersebut bertujuan untuk menangani isu pengisian jawatan guru besar di sekolah rendah. Gred Fleksi ini juga memberi peluang kepada bakal pemimpin sekolah yang berpotensi untuk mengisi jawatan guru besar. Kekosongan jawatan kepimpinan sekolah yang pada awalnya hanya boleh diisi oleh pegawai dengan gred jawatan DGA32/34, kini boleh diisi oleh pegawai berkelayakan dari gred DGA32 sehingga DG48. Oleh disebabkan itu, peratus kekosongan jawatan guru besar yang telah dapat diisi telah ditingkatkan secara signifikan daripada 56.9% pada Jun 2014 kepada 98.8% pada Disember 2014. 

No comments:

Post a Comment