Program Residensi dan Immersion (PRIme)
Selain program NPQEL, Kementerian Pendidikan juga telah menawarkan Program Residensi dan Immersion (PRIme) untuk calon pengetua dan guru besar. Semua calon pengetua dan guru besar yang dilantik di bawah syarat baharu ini perlu mengikuti Program Residensi selama satu bulan sebelum mengambil alih tugas pengetua dan guru besar. Mereka juga melalui Program Immersion bersama dengan pembimbing pengetua (principal’s coach) selama tujuh hari (42 jam dalam tempoh enam bulan pertama) apabila memangku sebagai jawatan pengetua dan guru besar. Pada tahun 2013, seramai 194 Pengetua Cemerlang dan Guru Besar Cemerlang telah dilantik sebagai pembimbing. Mereka diberi latihan untuk membimbing pengetua dan guru besar yang baru dilantik dalam amalan terbaik pengurusan dan pentadbiran sekolah. Ujian rintis PRIme telah dijalankan terhadap 200 calon dan juga program rintis kursus praresidensi pula dijalankan terhadap 87 calon. PRIme bermula pada januari 2014.
Program Residensi dan Imersif (PRIme), yang merupakan program pementoran untuk pemimpin sekolah yang baharu dilantik menjalani tempoh transisi ke jawatan baharu. Sebanyak 689 orang pemimpin sekolah baharu menyertai program ini. Bimbingan dan pementoran oleh Rakan Peningkatan Sekolah SIPartners+) di bawah DTP. Sebanyak 15,979 orang kepimpinan sekolah telah dibimbing oleh 323 orang SIPartners+ berkaitan pengurusan dan kepimpinan sekolah yang lebih baik.
Program sokongan yang telah dilaksanakan pada 2015 ini adalah program bimbingan dan pementoran oleh rakan sepeningkatan sekolah. Program Residensi dan Imersif (PRIme) telah dirintis pada tahun 2013 bagi memudahkan transisi pengetua dan guru besar yang baharu dilantik untuk melaksanakan peranan masing-masing. Pada tahun 2014 sebanyak 109 orang guru besar dan 81 orang pengetua telah melalui program tersebut dengan jayanya.
Program Residensi dan Imersif (PRIme), iaitu program pementoran untuk pemimpin sekolah yang baharu dilantik menjalani tempoh transisi ke jawatan baharu. Sebanyak 689 orang pemimpin sekolah baharu menyertai program ini. Bimbingan dan pementoran oleh Rakan Peningkatan Sekolah (SIPartners+) pula di bawah District Transformation Programme (DTP). Sebanyak 15,979 orang kepimpinan sekolah telah dibimbing oleh 323 orang SIPartners+ berkaitan pengurusan dan kepimpinan sekolah yang lebih baik. Program Residensi dan Imersif (PRIme) yang telah dirintis pada tahun 2013 bagi memudahkan transisi pengetua dan guru besar yang baharu dilantik untuk melaksanakan peranan masing-masing. Pada tahun 2014 sebanyak 109 orang guru besar dan 81 orang pengetua telah melalui program tersebut dengan jayanya.
No comments:
Post a Comment