Monday 11 January 2021

Kelebihan pengurusan kualiti

Kelebihan pengurusan kualiti

Istilah pengurusan kualiti mempunyai makna yang luas dan subjektif dengan konsep dan kesesuaiannya dalam mencapai sesuatu tujuan, ia masih menjadi sesuatu perkara yang utama dan diberikan perhatian.(Ali et al., 2010)

Proses penambahbaikan yang berterusan di bawah pengurusan kualiti pada umumnya melibatkan tujuh peringkat tindakan yang bersepadu. Peringkat-peringkat tindakan tersebut ialah menentukan matlamat penambahbaikan yang dijalankan, menentukan kaedah pelaksanaannya, melatih kakitangan yang terlibat, melaksanakan penambahbaikan yang dirancang, menilai pencapaian yang diperolehi, menyeragamkan proses-proses kerja yang telah diperbaiki untuk diperluaskan ke bahagian-bahagian lain, dan meneruskan tindakan-tindakan pembetulan yang masih diperlukan.

Pengurusan kualiti sentiasa memberi perhatian kepada aspek pengawalan kualiti kos. Kos ini timbul akibat daripada pembaziran sumber, penghasilan output yang tidak berkualiti, kesilapan kerja atau aktiviti-aktiviti lain yang tidak memberi kesan nilai ditambah. Bagi mencapai matlamat ini pengurusan kualiti menekankan aspek pencegahan. Ini dilakukan dengan memperbaiki proses-proses kerja supaya peluang-peluang terjadinya kesilapan atau kecacatan dapat dikawal sepenuhnya. Di samping itu, mana-mana masalah kualiti yang dikesan diselesaikan dengan segera mengikut kaedah penyelesaian masalah yang sistematik. Ini adalah untuk memastikan masalah tersebut tidak berpanjangan dan terus mengganggu perjalanan organisasi. Satu lagi strategi pengurusan kualiti ialah kepastian kualiti. Matlamatnya ialah untuk memastikan setiap output yang dihasilkan oleh organisasi benar-benar berkualiti dan memuaskan hati pelanggan.

Mengikut pendekatan pengurusan kualiti, setiap anggota di dalam organisasi sama-sama bertanggungjawab sepenuhnya menjayakan usaha-usaha peningkatan kualiti. Dengan penglibatan menyeluruh (total participation) seperti ini barulah usaha peningkatan kualiti meninggalkan kesan yang mendalam dan berkekalan. Penglibatan ini dilaksanakan secara terkawal (guided involvement) supaya masa dan tenaga yang disumbang oleh kakitangan dapat difokuskan mengikut keutamaan organisasi. Namun begitu, peranan pengurusan atasan adalah sangat penting. Mereka bertanggungjawab menerajui perubahan-perubahan dan memberi kepimpinan yang berkesan. Selain daripada itu sumbangan Pasukan-pasukan Kerja juga amat digalakkan di bawah TQM. Pasukan-pasukan ini didapati berkesan dalam menghasilkan idea-idea yang kreatif dan inovatif serta mampu melaksanakan pembaharuan-pembaharuan dengan jayanya.

Selain penambahbaikan secara berterusan, pengurusan kualiti juga dapat mewujudkan pekerja yang berkemahiran dan berdedikasi. Pengeluaran produk juga meningkat bertaraf antarabangsa. Beberapa penulis telah mengenalpasti hubungan yang positif di antara penggunaan pengurusan kualiti dengan prestasi organisasi (contohnya Douglas & Hakim, 2001; Kaynak, 2003; Powell, 1995). Powell (1995), menyatakan konsep pengurusan kualiti sebagai sumber yang strategik. Lebih-lebih lagi, Reed et al. (2000) disimpulkan bahawa pengurusan kualiti itu sendiri mempunyai potensi untuk menjana halangan kepada tiruan, perlu bagi kemampanan. Sebaliknya, Escrig-Tena dan Bou-Llusar (2005) menyimpulkan bahawa pengurusan kualiti secara positif mempengaruhi prestasi organisasi melalui pembangunan satu siri kompetensi kemahiran atau kebolehan tertentu untuk menggunakan sumber(García-Bernal & Ramírez-Alesón, 2010).

Maryam Alnabhani (2007) menyatakan pengurusan kualtii menyeluruh ini menjimatkan masa, menjimatkan sumber dan juga kos, menyebarkan budaya kualiti dalam organisasi, mengenalpasti kelemahan dan kekuatan dalam sesebuah organisasi, mewujudkan budaya berpasukan yang positif dalam persekitaran.

No comments:

Post a Comment