Monday 11 January 2021

Pengenalan ISO

 Pengenalan ISO

ISO menyediakan asas yang kukuh bagi pelaksanaan pengurusan kualiti. Pengurusan kualiti adalah satu proses pengurusan kualiti yang berasaskan kepada falsafah kualiti berorientasikan pelanggan, berjalan secara berterusan, melibatkan semua aspek organisasi dan memberi penekanan kepada kerja berpasukan. Aspek utama organisasi yang menjadi tumpuan pengurusan kualiti ialah sokongan pengurusan, perancangan strategik kualiti dan pengurusan proses. Sistem kualiti dan sistem kepastian kualiti yang diwujudkan melalui pelaksanaan ISO dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan proses yang diberi tumpuan oleh pengurusan kualiti. Dengan demikian, pelaksanaan ISO boleh memantapkan usaha ke arah pelaksanaan pengurusan kualiti.

Siri ISO 9000 merupakan keluarga pengurusan kualiti dan piawai kualiti yang dibangunkan oleh International Organisation for Standardisation yang berpusat di Geneva. Tujuannya ialah untuk memudahkan persetujuan global mengenai piawai kualiti antarabangsa. ISO merupakan satu sistem pengesahan pembekal dan memastikan mereka telah meneapai piawai antarabangsa. Mana-mana organisasi yang telah dianugerahkan sijil ISO ini adalah dikira sebagai telah mematuhi piawai kualiti yang telah ditetapkan.

ISO di ambil dari Bahasa Yunani bermaksud consistant atau berkekalan. Ia dinamakan juga sebagai International Organizational for standardidation (IOS). ISO merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang mempunyai ibu pejabat di Geneva Switzerland ditubuhkan pada tahun 1946. Organisasi melibatkan keahlian dari 150 buah negara yang diwakili oleh badan pensijilan serta mempunyai lebih 180 anggota teknikal meliputi sector industry pelbagai dan juga produk. Setiap empat tahun, anggota bermesyuarat untuk mewujudkan dan menyemak standard bagi pelaksanaan ISO.

Pelaksanaan ISO bertujuan untuk memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan selain memberi fokus kepada kehendak dan ekspektasi pelanggan. Selain itu, inovasi dalam penambahbaikan juga dilakukan di samping meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi. Pelaksanaan ISO akan memberi faedah kepada organisasi termasuk:

1.     Mengurangkan tindakan pembetulan yang diambil selepas berlakunya sesuatu masalah.

2.     Membolehkan organisasi mengenalpasti tugas yang patut dijalankan serta memperincikan tindakan yang perlu diambil.

3.     Memberi kaedah bagi mendokumenkan secara tersusun amalan pengurusan dan cara bekerja.

4.     Membolehkan organisasi mengenalpasti dan mengatasi masalah serta mengelakkannya daripada berulang.

5.     Membolehkan staf menjalankan tugas mereka dengan betul pada kali pertama dan setiap kali (right at the first and everytime).

6.     Membolehkan organisasi membuktikan kepada pihak yang membuat penilaian bahawa perkhidmatan yang diberi dan sistem yang digunakan adalah terkawal.

7.     Membolehkan organisasi membuat keputusan dengan lebih baik melalui maklumat penting.

No comments:

Post a Comment