Monday, 11 January 2021

Covid 19: Kesan kepada PPPM anjakan 7:Memanfaatkan ICT untuk meningkatkan kualiti pembelajaran

Covid 19: Kesan kepada PPPM anjakan 7:Memanfaatkan ICT untuk meningkatkan kualiti pembelajaran

Dalam menghadapi penularan wabak Covid 19, sistem pendidikan negara menghadapi perubahan mendadak terhadap perkembangan ICT dalam pendidikan di mana ia melebihi sasaran. Di antara kandungan anjakan ke & ini adalah seperti berikut. 

Anjakan 7 PPPM (2013-2025) sumber : Majalah Pendidik

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information Communication and Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilihat semakin penting. ICT merujuk kepada teknologi seperti perkakasan, perisian, telekomunikasi dan rangkaian sama ada dalam bentuk yang nyata (tangible) (contohnya komputer peribadi, pelayan, routers, kabel) dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) (contohnya perisian komputer).

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information Communication and Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilihat semakin penting. ICT merujuk kepada teknologi seperti perkakasan, perisian, telekomunikasi dan rangkaian sama ada dalam bentuk yang nyata (tangible) (contohnya komputer peribadi, pelayan, routers, kabel) dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) (contohnya perisian komputer).

Pelbagai aplikasi bagi tujuan pendidikan sama ada di peringkat sekolah mahupun pendidikan tinggi telah dibangunkan. Antaranya adalah pembangunan perisan kursus, laman web, aplikasi mobil (Mobile apps), sistem pengurusan pembelajaran, Massive Open Online Course (MOOC) dan lain-lain aplikasi. Perkembangan pesat teknologi ICT ini secara tidak langsung mewujudkan persekitaran pembelajaran lebih fleksibel dari segi masa, tempat dan pedagogi. Malahan, ICT membolehkan pengguna mengadakan kolaborasi secara lebih meluas.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Teknologi ICT membolehkan individu menyampaikan maklumat dan berinteraksi bersama pengguna secara sinkroni atau asinkroni. Dalam erti kata lain, ICT mampu bertindak sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Pengkaji-pengkaji lepas juga telah menunjukkan akan keberkesanan penggunaan teknologi ini semasa dalam PDPc.

Kesungguhan kerajaan untuk mengintegrasikan ICT dalam sistem pendidikan merupakan manifestasi daripada kesedaran akan kekuatan yang ada pada ICT akan kemampuannya untuk memperkasakan dan membentuk generasi yang sememangnya ‘digital natives’ iaitu generasi celik IT semenjak kecil lagi. Hasrat ini jelas dinyatakan dalam Anjakan ke-7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

Pelbagai inisiatif telah direncanakan seperti mana terkandung dalam pelan tersebut. Antaranya meningkatkan akses Internet di semua sektor pendidikan dan sekolah. Internet memberi impak besar dalam bidang pendidikan selain memberi sumbangan kepada ekonomi negara pada abad ke-21 ini. Pelbagai maklumat yang berkualiti dan terkini dapat di akses oleh guru dan murid pada bila-bila masa tidak kira di mana sahaja.

Dalam erti kata lain, Internet membolehkan komunikasi dan pencarian maklumat dilakukan tanpa batasan geografi dan masa.

Kelebihan ini disedari oleh KPM bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia melalui penggunaan ICT. Antaranya, mewujudkan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet. Dalam masa yang terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah melalui 1BestariNet.

Rangkaian ini bertindak sebagai asas pembinaan landasan pembelajaran maya bagi kegunaan guru, murid dan ibu bapa untuk berkongsi sumber pembelajaran, melaksanakan pembelajaran secara interaktif dan berkomunikasi secara Pembelajaran Maya atau melalui Persekitaran Frog VLE. Selain itu, pelbagai bentuk latihan kecekapan ICT akan diberikan kepada semua guru.

Bagi merealisasikan hasrat ini, KPM dalam usaha meningkatkan nisbah peranti-murid kepada 1 : 10 menjelang 2020. Ini dilaksanakan melalui pembelian peranti yang bersesuaian bagi penggunaan PdP, seperti komputer asas atau komputer riba kos rendah.

Di samping itu, penggunaan kemudahan ICT alternatif yang baharu serta lebih murah berbanding penggunaan makmal komputer yang ada sekarang telah dilaksanakan. Antaranya adalah penyediaan perpustakaan peminjaman komputer riba dan computer-on-wheels. Semua inisiatif ini bertujuan memaksimumkan impak pelaburan oleh kerajaan dalam penyediaan prasarana dan aplikasi ICT.

Penyediaan prasarana ICT yang canggih tidak dapat memberi impak besar tanpa penyediaan bahan berkualiti untuk kegunaan murid dan guru. Ini memandangkan ICT hanya sebagai alat untuk murid dan guru akses kepada sesuatu bahan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Bagi tujuan itu, KPM terus menambah kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik. Ini membolehkan guru akses lebih banyak contoh sumber pengajaran terbaik secara atas talian.

Antara langkah awal adalah mewujudkan perpustakaan video bagi merekod amalan guru terbaik menyampaikan pengajaran terutama dalam mata pelajaran kritikal. Akses kepada sumber ini dimulai dengan pewujudan perpustakaan video pengajaran oleh guru cemerlang dalam mata pelajaran penting seperti Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Dari semasa ke semasa, KPM menambah koleksi ini bagi membolehkan guru memperoleh sumber iuntuk mendapatkan idea, disamping murid pula dapat menjadikannya sebagai bahan ulang kaji. Hasrat ini juga selaras dengan tren pembelajaran masa kini melalui penggunaan Massive Open Online Course (MOOC) dalam pendidikan tinggi yang membolehkan pendidik memuat naik bahan pengajaran dan pembelajaran berbentuk video. Pengunaan MOOC sebagai salah satu bentuk pembelajaran atas talian ini mula popular dalam kalangan pelajar universiti awam.

Kemunculan portal pembelajaran berbentuk Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Mana­gement System) telah menjadikan sistem pendidikan lebih menarik dan pembelajaran sekarang tidak tertumpu dalam bilik darjah sahaja tetapi juga boleh dilaksanakan di luar bilik darjah. Malahan, penggunaan aplikasi ini membolehkan pel­bagai bentuk pembelajaran dija­lan­kan seperti pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kendiri.

Pembelajaran seumpama ini mem­bolehkan murid menikmati pengalaman pem­belajaran yang lebih bersifat peribadi serta boleh meningkatkan kapasiti dan pembelajaran secara lebih khusus. Malahan mereka dapat mempelajari mata pelajaran yang tidak ditawarkan di sekolah, dan belajar secara langsung dengan guru terbaik secara pembelajaran jarak jauh. Melalui pembelajaran berasaskan kendiri, murid boleh memilih bahan daripada Internet yang bersesuaian dengan kehendak mereka yang mana setiap bahan tersebut boleh dimiliki oleh semua pelajar.

Daripada anjakan tersebut, bukti perkembangan yang positif dan peningkatan daya ICT dalam pendidikan berkembang 200 peratus dan ini mengatasi sasaran PPPM. Buktinya, guru-guru rata-ratanya mengajar murid secara online dan ada juga yang membuat channel pembelajaran sendiri. Sesungguhnya usaha para guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran haruslah mendapat pujian. Tahniah pendidik!!!

No comments:

Post a Comment