1. Pendahuluan
Pendidikan merupakan satu proses yang
penting dalam pembentukan diri individu ke arah mengenali diri dan mencapai
kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna. Pendidikan telah didefinifikan
oleh Prof. Dr. Muhammad Naquib sebagai “menanam sesuatu ke dalam diri manusia”.
(Muhammad dalam Fadzilah, 1996) Pendidikan di Malaysia, menjadi salah satu
sistem sosial yang paling penting bagi perkembangan dan kemajuan Negara. Ia
juga diiktiraf sebagai alat untuk mencapai matlamat perpaduan dan integrasi
nasional. Ia disusun di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan.
2. Takrif dan
huraian Polisi/Dasar pendidikan
Sufean Hussin (2002) menyatakan
bahawa dasar merupakan suatu ketetapan
dalam proses menguruskan sesebuah organisasi atau kerajaan yang tidak statik.
Ini disebabkan objektifnya bersandar sama ada pada politik, ekonomi, sosial,
sains dan teknologi. Menurut beliau lagi, dasar merupakan suatu bidang
pengurusan dalam sesuatu organisasi atau sesebuah kerajaan yang mana ianya
banyak dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti ekonomi, politik dan sosial.
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (1997) dasar atau polisi adalah merupakan
bahagian terpenting, faktor terpenting, yang mana ia adalah suatu yang paling
asas atau pokok. Berdasarkan pada kenyataan Dewan Bahasa Dan Pustaka tersebut,
maka dapat dikatakan dalam sistem pendidikan, dasar ialah asas dan
bahagian yang paling penting. Paul
Trowler (2003) menyatakan polisi pendidikan ialah:
A specification of principles and action, related
to educational issue, which a followed or which should be followed and which
are dsigned to bring about desire goals.
Menurut Abdullah Sani (2003) pula, polisi
ialah garis panduan untuk mencapai hasrat pendidikan yang dimatlamatkan.
Berdasarkan kenyataan beliau, polisi
merupakan garis panduan dalam melaksanakan hasrat pendidikan yang ingin
dijayakan. Colebatch H.K (2002) pula memberi kenyataan bahawa polisi ialah
prihatin terhadap arahan, mengimplementasi sistem dan juga konsisten. Selain
itu, polisi juga perihatin dalam memberi fokus dari proses bagaimana ia
dilakukan kepada dapatan atau hasil. Bridgeman dan Davis (2002) dalam Colebatch
(2002) menyatakan polisi ialah langkah-langkah logik ke arah kejayaan seperti
memberi definisi kepada masalah, menilai pilihan yang ada, mengimplementasi dan
membuat penilaian keseluruhan.
Berdasarkan kepada beberapa definisi yang
diberi oleh Paul, Sufean Hussin, Abdullah Sani, Colebatch dan Brigeman dan
Davis di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa dasar atau polisi ialah satu
langkah-langkah berbentuk proses dan perlu diambil dalam melaksanakan sesuatu
perkara. Langkah yang dimaksudkan ialah dari proses mengenalpasti masalah
hinggalah proses membuat keputusan. Polisi pendidikan juga adalah spesifikasi
prinsip atau tindakan yang berkaitan dengan isu-isu pendidikan yang wajib
diikuti untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dari itu polisi
pendidikan adalah sangat penting bagi menghadapi isu-isu pendidikan di Malaysia
agar lebih teratur.
3. Takrif dan
huraian Dasar strategik pendidikan
Dalam memberikan takrif dan menghuraikan dasar strategik pendidikan,
beberapa perkara dibincangkan iaitu mengenalpasti dasar pendidikan sebelum dan
selepas merdeka, meneliti objektif dasar pendidikan dan juga melaksanakan
strategi-strategi pendidikan yang telah dibuat.
3.1 Dasar Pendidikan Sebelum dan Selepas Merdeka
Sebelum merdeka, penjajah banyak menguasai
pendidikan negara ini. Sistem pendidikan negara diatur mengikut kehendak
mereka. Sistem pendidikan zaman penjajah telah berkembang tanpa
mempertimbangkan keperluan pembangunan, pembinaan identiti kebangsaan dan
perpaduan Negara. Sistem pendidikan berkenaan mengekalkan taat setia rakyat
pendatang kepada Negara asal mereka dan menahan kebangkitan semangat
pembangunan rakyat tempatan. Penjajah tidak menggalakkan kaum bumiputera
Malaysia menimba ilmu ke tahap yang tinggi. Walaupun ada, anak-anak Melayu
hanya dididik untuk menghasilkan satu generasi bertani yang lebih moden sedikit
daripada bapa mereka. Tindakan tersebut diambil oleh penjajah untuk mengelakkan
anak-anak bangsa Melayu sebagai kaum bumiputera Malaysia, sedar dari kelalaian
mereka dan bangun menentang penjajah untuk mencapai kemerdekaan. Akibatnya,
orang Melayu jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan berbanding dengan kaum
pendatang di Tanah Melayu pada ketika itu. Bagaimanapun dalam tahun-tahun
selepas kemerdekaan telah timbul kesedaran di kalangan para pemimpin dan rakyat
Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan untuk
menggantikan sistem pendidikan penjajah demi memenuhi kehendak Negara. Atas
kesedaran ini lah lahirnya Dasar Pendidikan melalui Penyata Razak 1956 dan
termaktub di dalam Ordinan Pelajaran 1957. Dasar Pendidikan ini telah disemak
semula pada tahun 1960 yang telah menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan
ini termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961. Pada tahun 1974, sebuah
jawatankuasa telah dibentuk untuk mengkaji semula dasar pendidikan dengan
tujuan untuk memperbaiki perlaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan
masyarakat yang bersepadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan semasa
rakyat yang terlatih untuk mencapai pembangunan Negara. Laporan jawatankuasa
telah diterbitkan di dalam tahun 1979.
3.2 Objektif Dasar Pendidikan Dan
Pelaksanaannya
Objektif Dasar
Pelajaran Kebangsaan, sebagaimana yang termaktub di dalam pendahuluan pada Akta
Pelajaran 1961 adalah seperti berikut:
Bahawasanya
dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957, ialah
untuk menubuhkan satu system pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan
Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan ,sosial, ekonomi dan
politiknya…
Objektif ini
dinyatakan secara am tetapi di dalam melaksanakannya, Kementerian Pelajaran
dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1957 dan Laporan Rahman Talib 1960,
telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum
dan menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi. Seterusnya objektif ini
diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet dibentuk yang sekaligus
membentuk beberapa bidang tugas yang tertentu. Ini menunjukkan bahawa Dasar
atau Polisi Pelajaran diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat Negara
ini dalam jangka masa pendek dan jangkamasa panjang, melahirkan masyarakat yang
bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. Falsafah Pendidikan Negara yang
diasaskan kepada hasrat serta aspirasi Negara dan nyatakan secara bertulis
baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan
berakhlak, seimbang dan harmonis, yang dapat mencapai kesejahteraan diri dan
memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Ini
menjadi matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan.
3.3 Strategi Pelaksanaan
Beberapa
strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah
ditetapkan seperti berikut: Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar yang utama; Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan
Malaysia bagi semua jenis sekolah; Mewujudkan
sistem peperiksaan yang sama bagi semua; Melicinkan tatacara pengurusan
pendidikan; Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan
pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu; Mengadakan peluang
pendidikan asas selama sembilan tahun; Mendemokrasikan pendidikan dari segi
peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi
perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar
Bandar atau pedalaman; Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Menyediakan pendidikan menengah mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) yang menekankan persepaduan antara unsur-unsur intelektual, rohani,
emosi dan jasmani; Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik; Mempelbagai
dan memperbanyak kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam
bidang sastera gunaan dan sains gunaan; Mempertingkatkan pendidikan kerohanian,
moral dan disiplin; Menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai
mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang
sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa
Tamil; Menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin seperti
pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan
sebagainya.
4.
Perbincangan-Perbincangan
Semenjak
ditubuhkan pada tahun 1961, Dasar Pendidikan masih belum boleh dikatakan
berjaya dan mencapai objektifnya. Mungkin sudah ramai para lapasan universiti tempatan
dan luar negeri yang dikeluarkan semenjak wujudnya Dasar atau Polisi Pelajaran,
tetapi keadaan ini tidak boleh dianggap sebagai kejayaan di dalam erti kata
yang sebenar. Walaupun sudah banyak sumber manusia disumbangkan bagi
pembangunan Negara tetapi sebilangan dari mereka tidak mempu menunjukkan nilai
akhlak dan budi pekerti yang mulia dan luhur. Oleh itu tidak hairanlah ramai
dari kalangan intelek dan cendekiawan yang terlibat dengan skandal dan jenayah
kolar putih. (Laporan Kabinet, 1984)
Keruntuhan di kalangan pelajar juga
berlaku dengan meluasnya. Ramai para pelajar yang berumur di antara 13 – 19
tahun terlibat dalam penyalahgunaan dadah, lari dari rumah, rogol dan
jenayah-jenayah lain.Kajian tentang penglibatan dadah yang dibuat terhadap 90 buah
sekolah menengah di seluruh Negara menunjukkan 343 orang pelajar terlibat dalam
penagihan dadah. Ini bermakna bermakna hitung panjang murid yang menagih dadah
di setiap sekolah adalah 4 orang . Ramai juga pelajar yang terlibat dalam kes
meminum minuman keras tatkala usia mereka baru mencapai 15 tahun. Terdapat di
kalangan mereka yang selalu pergi ke kelab-kelab malam kerana mencari hiburan
dan menikmati minuman keras. Sebilangan pelajar yang berumur 14 hingga 16 tahun
atau pelajar tingkatan empat dan enam rendah menganggap tahun pelajaran mereka
adalah “tahun bulan madu”, dan merupakan masa untuk mereka berpesta dan bersuka
ria serta melakukan apa saja mengikut kehendak mereka tanpa terikat dengan
mana-mana pihak. Ini mungkin disebabkan menurut ketetapan Dasar pendidikan.
(Fazilah, 1996)
Kegagalan
tersebut mungkin disebabkan Dasar Pelajaran hanya mempunyai matlamat dan
falsafah yang tersurat tetapi tidak dilaksanakan sepenuhnya. Perlaksanaan
Dasar Pelajaran tanpa falsafah menjadikannya sistem itu menyimpang dan
menyeleweng jauh dari dasar ilham pendidikan yang sebenar. Penekanan dalam
perlaksanaannya hanya diberi terhadap pencapaian akademik yang berorientasikan
peperiksaan, sedangkan aspek akhlak dan kerohanian diabaikan. Maka lahirlah
golongan yang berilmu tetapi berkeperibadian mulia. Kadar pengangguran di
negara ini juga masih tinggi. Buktinya, ramai di kalangan lepasan sekolah
menengah dan universiti yang belum memiliki sebarang pekerjaan dan pendapatan
sedangkan mereka mempunyai kelulusan yang baik di bidang akademik. Kenapa
perkara ini berlaku? Pada pandangan saya, antara beberapa faktor penyebab
adalah sesetengah daripada mereka hanya memiliki pengetahuan, tetapi tidak
tidak mampu mengembangkan potensi diri secara menyeluruh. Maka akan lahirlah
pelajar-pelajar yang terlalu berharap dengan pekerjaan yang sesuai dengan
kelulusan mereka dan enggan berusaha. Itu realitinya.
Selain itu, di
negara ini juga terbentuk beberapa kumpulan yang saling berbeza pandangan.
Perbezaan idealogi ini bukan tidak baik. Malah ia sangat penting kerana dari
sanalah cetusan idea yang lebih baik akan terbentuk. Namun apa yang agak
merunsingkan kadang kala idealogi yang agak melampau boleh mencetus kekecohan
dan ‘peperangan’ sesama sendiri. Bahkan yang lebih teruk boleh mencetuhkan
huru-hara dan krisis dalam negara. Hal ini mungkin disebabkan perlaksanaan
Dasar Pelajaran sebelum ini gagal menyampaikan konsep ilmu dengan padu. Keadaan
ini menjadikan ilmu-ilmu yang diajar sama ada sains sastera dan agama
seolah-olah separuh bena (partial truth) dan berpisah-pisah antara satu
sama lain. Maka tidak hairanlah jika lahir dua golongan yang bertentangan
pendapat dan pemikiran di dalam masyarakat. Golongan-golongan tersebut terdiri
daripada mereka yang mementingkan ideologi masing-masing tanpa menghiraukan
pandangan orang lain.
5.
Kesimpulan
Dasar
Pendidikan Kebangsaan yang ada sekarang ini telah melalui kajian secara
berperingkat. Ia merupakan satu dasar yang mantap dan jika dilaksanakan
mengikut yang sepatutnya, dasar berkenaan mampu melahirkan pelajar atau
warganegara yang kita inginkan. Bagaimanapun, mungkin disebabkan ‘pemimpin
pendidikan’ hari ini sering bertukar-tukar dalam jangka masa yang singkat
menyebabkan idea-idea yang baik dan melibatkan sesuatu perubahan itu hanya
terlaksana separuh jalan. Justeru kita sangat berharap agar ada pemimpin
pendidikan yang sedar akan kelemahan-kelemahan yang wujud sebelum ini dan
berusaha memperbaikinya dan dalam masa yang sama pula, masyarakat haruslah
tegas untuk merubah masa depan anak-anak mereka kepada keadaan yang lebih
sempurna.
Rujukan:
Abdullah Sani
Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. PTS Pub & Distributor
Sdn. Bhd, Bentong.
Colebatch H.K
(2002). Policy Second dition, Buckingham, Open University Press.
Dewan Bahasa
Dan Pustaka (1997). Kamus Dewan Edisi Ke-3, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
Fadzilah bt
Abdullah (1996). Dasar pendidikan kebangsaan. As Noordeen. Kuala Lumpur.
Laporan
Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kementerian
Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
Paul Trowler
(2003). Education Policy. Second Edition, London, Routledge Taylor And Francis
Group.
Sufean Hussin
(2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
informative
ReplyDeleteair conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators
installment
deep freezer
water dispensers
televisions
sewing machine
furniture
furniture
furniture on installment
installment
installment company in Pakistan
easy installment
home appliance
air conditioner
air conditioner price in pakistan
haier air conditioner
ac price in pakistan
inverter ac price in pakistan
ac
floor standing ac
gree
haier air conditoner
wedding packages
11 11 sale
11 11 sale in pakistan
11.11 sale
thanks for sharing it
ReplyDeleteair conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators
installment
deep freezer
water dispensers
televisions
sewing machine
furniture
furniture
furniture on installment
installment
installment company in Pakistan
easy installment
home appliance
air conditioner
air conditioner price in pakistan
haier air conditioner
ac price in pakistan
inverter ac price in pakistan
ac
floor standing ac
gree
haier air conditoner
wedding packages
11 11 sale
11 11 sale in pakistan
11.11 sale