Pengenalan Tentang Kepimpinan
Definisi Konsep
Secara umumnya, pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu
kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti
untuk mencapai matlamat kumpulan itu. Ini bermakna kepimpinan ialah proses mempengaruhi
kegiatan kumpulan ke arah pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancang.
Sesetengah orang menganggap ‘pemimpin’ itu seseorang yang boleh mendorong
pengikut untuk bekerja kuat,menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yang
membantu lebih daripada orang yang menaikkan semangat atau mengarah. Walau apa
pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan semua sifat iaitu
pengarah, pendorong dan pembantu.
Mengikut Katz dan Khan (1978) terdapat tiga perkara yang ditekankan
dalam konteks kepimpinan, iaitu kedudukan atau jawatan, Sebagai peribadi
seorang individu dan sebagai satu rangkaian tingkah laku tertentu. Robert Dubin
(1958) menjelaskan iaitu; Leadership in organizations involves the exercise of
autority and the making od decisions.
Berdasarkan definisi tersebut, kepimpinan merujuk kepada keupayaan
serta kebijaksanaan seseorang ketua dalam menguruskan kakitangan bawahannya dan
sumber yang ada. Ia juga bermaksud sesuatu kuasa yang ada pada seseorang
pemimpin untuk menggerakkan anggota kumpulannya untuk mencapai matlamat
tertentu.Untuk mempengaruhi kakitangan, biasanya seseorang pemimpin menggunakan
pelbagai cara seperti memberi pujian, semangat, sokongan, ganjaran, menunjukkan
model yang baik, menjelaskan matlamat yang dikehendaki dan sebagainya.
Dalam pentadbiran pendidikan, peranan kepimpinan adalah sangat
penting. Sekolah yang berjaya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum adalah
bergantung kepada tonggak kepimpinan dan kebolehan seseorang pengetua. Sekolah
yang mempunyai pelbagai kelengkapan tetapi pengetuanya pula seorang yang lembap
dalam menjalankan tugas menyebabkan sekolah yang berkenaan tidak akan menjadi
cemerlang. Jadi, kepimpinan yang cekap adalah memainkan peranan penting dalam
kepimpinan pendidikan.
Untuk menjadi seorang pemimpin di sekolah dan juga seorang pemimpin
di peringkat Jabatan Pendidikan Daerah, Negeri dan juga Persekutuan memerlukan
ketokohan kepimpinan. Ia memerlukan pengetahuan dalam bidang akademik, latar
belakang murid dan masyarakat, masalah tingkah laku pelajar dan kakitangan,
kurikulum sekolah, pengurusan pejabat, konsep kepimpinan, hubungan komunikasi,
masalah politik semasa dan sebagainya. Tanpa pengetahuan yang lengkap dalam
bidang-bidang tersebut, seseorang pentadbir pendidikan akan merasa tidak yakin
ke atas keupayaan kepimpinannya.
Teori-Teori Kepimpinan
Banyak teori mengenai kepimpinan dikemukakan. Dari dahulu hingga sekarang berbagai-bagai sudut dikaji. Namun pendapat-pendapat mengenainya tidak sekata. Hasilnya muncul pelbagai pandangan berkaitan dengan kepimpinan. Seorang pemimpin yang baik perlu mengetahui tentang teori, model dan konsep kepimpinan yang wujud. Dalam mengkaji kepimpinan, berbagai teori dikemukakan seperti teori sifat, teori perlakuan, teori kotegensi, teori karismatik, teori X, Y dan Z, dan sebagainya.
Banyak teori mengenai kepimpinan dikemukakan. Dari dahulu hingga sekarang berbagai-bagai sudut dikaji. Namun pendapat-pendapat mengenainya tidak sekata. Hasilnya muncul pelbagai pandangan berkaitan dengan kepimpinan. Seorang pemimpin yang baik perlu mengetahui tentang teori, model dan konsep kepimpinan yang wujud. Dalam mengkaji kepimpinan, berbagai teori dikemukakan seperti teori sifat, teori perlakuan, teori kotegensi, teori karismatik, teori X, Y dan Z, dan sebagainya.
Teori X dan Y
Teori ini telah diasaskan oleh Douglas McGregor (1960) yang membuat
dua set andaian terhadap manusia iaitu ‘Teori X’ dan ‘Teori Y’. Teori X ialah
pendekatan ‘carrot and stick (Razali Mat Zin, 1966). Teori X mengandaikan
bahawa pekerja semulajadinya malas dan akan mengelak daripada bekerja kecuali
dipaksa, pekerja tidak mempunyai cita-cita dan tidak mahu memikul
tanggungjawab, pekerja tidak mempunyai motivasi untuk menjayakan matlamat
organisasi dan pekerja hanya mahu bekerja kerana dirangsang oleh keperluan
psikologi dan keperluan keselamatan mereka sahaja.
Teori Y pula lebih bercirikan motivasi dan pengiktirafan.
Teori ini mengandaikan bahawa kerja sebagai satu perkara semulajadi iaitu suatu
perkara biasa sama seperti bermain, bersukaria dan lain-lain jika keadaan kerja
itu baik, tetapi mereka akan menganggap kerja sebagai beban jika pengalaman
bekerjanya pada masa lepas tidak menyenangkan. Selain itu, pekerja sememangnya
mencari dan mahukan tanggungjawab kerana ia membawa kepada kepuasan jiwa.
Teori Perhubungan Manusia
Teori ini menjelaskan bahawa perhubungan manusia boleh
mempengaruhi kelakuan dan perlakuan antara kedua-duanya. Perlakuan pemimpin terutamanya,
boleh memberi kesan terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanakan tugas.
Kajian-kajian telah dibuat oleh pelopor-pelopor teori ini untuk mengenalpasti
perlakuan-perlakuan ini dan didapati ada dua corak perlakuan pemimpin yang
sangat disukai orang-orang bawahan iaitu :
- Perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat organisasi (task-orientation).
- Perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baik antara pemimpin dengan orang-orang bawahan (human relations orientation).
Kajian-kajian ke atas dua perlakuan ini membawa kepada
kesimpulan bahawa pemimpin yang memberi perhatian berat kepada tugas dan
orang-orang bawahannya boleh membawa kejayaan kepada organisasinya. Dalam erti
kata lain, pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang mengambil berat tentang
tugas dan yang menjaga perhubungan baik dengan pengikutnya.
Teori Kepimpinan Mengikut Situasi (Situasional
Leadership Theories)
Bermula dari tahun 1940-an lagi penyelidik-penyelidik
telah mencari faktor-faktor situasi yang boleh mempengaruhi peranan, kemahiran,
dan tingkah laku pemimpin ke atas prestasi dan kepuasan bekerja.Fred Fiedlier
telah mencadangkan satu model Kotegensi Kepimpinan yang efektif. Model ini
mengandungi hubungan antara stail kepimpinan dengan suasana situasi yang
menyenangkan. Kesesuaian
situasi ini bergantung kepada 3 dimensi berikut:
- Hubungan antara pemimpin dan pekerja berdasarkan kepada percaya dan hormat menghormati.
- Darjah struktur tugas, iaitu sejauhmana tugas itu didefinisikan dengan jelas atau kabur.
- Kedudukan dan kuasa pemimpin yang didapati melalui autoriti formal, sama ada pemimpin/ individu boleh mempertimbangkan untuk memberi ganjaran, dendaan, menilai atau menaikkan pangkat kakitangan.
Situasi yang menyenangkan akan diperolehi sekiranya ketiga-tiga
dimensi tersebut positif. Dengan kata lain, sekiranya ketua itu secara
amnya diterima kakitangan, struktur tugas jelas dan ketua mempunyai autoriti
dan kuasa formal. Situasi ini menyenangkan dan digabungkan dengan gaya
kepimpinan dapat menghasilkan keberkesanan.
Dalam Teori Kepimpinan Mengikut Situasi, teori ini
bermula dengan anggapan bahawa keadaan yang berbeza memerlukan cara memimpin
yang berbeza, jika keberkesanan ingin diwujudkan. Rasionalnya ialah kepimpinan
yang berkesan akan bukan sesuatu yang nyata yang boleh wujud tersendiri dengan
bentuk yang sama, tetapi ianya bergantung kepada beberapa faktor lain berupa
manusia dan persekitaran yang saling berinteraksi dan saling mempengaruhi. Intipati kepada teori-teori ini
ialah :
- Cara memimpin yang berbeza boleh berkesan, bergantung kepada kematangan orang-orang bawahan ; mereka yang matang kurang memerlukan penyeliaan, manakala mereka yang kurang matang memerlukan arahan dari ketua
- Cara memimpin yang berbeza sesuai dalam keadaan yang berbeza ; cara paling baik hendaklah mengambil kira faktor-faktor penting sebelum sesuatu keputusan dibuat
- Tidak ada hanya satu saja cara memimpin yang paling baik; keberkesanan seseorang pemimpin bergantung kepada persekitaran yang berupa manusia dan keadaan
- Pemimpin yang berkesan adalah mereka yang mendorong dan menunjuk jalan kepada orang bawahan untuk menghasilkan sesuatu yang paling baik.
Teori Perlakuan
Teori ini menjelaskan bahawa perhubungan kemanusiaan boleh
mempengaruhi kelakuan dan perlakuan antara kedua-duanya. Perlakuan pemimpin
terutamanya, boleh memberi kesan terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanankan
tugas. Kajian-kajian oleh pelopor-pelopor teori ini untuk mengenalpasti
perlakuan-perlakuan ini dan didapati ada dua corak perlakuan pemimpin yang
sangat mempengaruhi orang-orang bawahan iaitu perhatian dan penekanan terhadap
tugas untuk mencapai matlamat organisasi (task-orientation) dan perhatian dan
penekanan terhadap perhubungan baik antara pemimpin dengan orang-orang bawahan
(human relations orientation).
Kajian-kajian ke atas dua perlakuan ini membawa kepada kesimpulan
bahawa pemimpin yang memberi perhatian berat kepada tugas dan orang-orang
bawahannya boleh membawa kejayaan kepada organisasinya. Pemimpin yang berjaya
ialah pemimpin yang mengambil berat tentang tugas dan yang menjaga perhubungan
baik dengan pengikutnya.
Fungsi dan peranan pemimpin dilihat melalui dua kategori iaitu
untuk menyelesaikan masalah dan pengendalian kumpulan pengikut. Pemimpin yang
berkesan lazimnya bijaksana dalam mengendalikan kedua-dua perkara tersebut
dalam memenuhi tuntutan individu, kumpulan dan organisasi. Pemimpin juga
dinilai dari segi keupayaannya dalam melaksanakan tangungjawab berorientasikan
pekerja atau tugas.
Pemimpin yang mementingkan organisasi tugas lebih mengutamakan
standard pencapaian dan daya pengeluaran tetapi hubungan kemanusiaan dan kebajikan
pekerja kurang dititik beratikan. Pemimpin yang berorientasikan pekerja
mendapat pujian dan popular tetapi mungkin menurun dari segi produktiviti dan
kualiti. Kesan perlakuan pemimpin berdasarkan tangungjawab berorientasikan
tugas dan orentasi pekerja telah memberi impak terhadap keberkesanan peranan
kepimpinan mereka.
Keseluruhannya, walaupun teori-teori yang dikemukakan ini berbeza
dari segi pendekatan, isi dan kesimpulan, kesemuanya mirip menyatakan ada satu
saja cara yang terbaik untuk memimpin orang bawahan. Masing-masing mengutarakan
cara mereka. Ada
yang mengatakan kejayaan bergantung kepada karisma seseorang, ada yang
mengatakan bahawa kejayaan pemimpin bergantung kepada kelakuan dan perlakuan
tertentu, dan ada pula yang mengatakan kejayaan bergantung kepada anggapan
pemimpin terhadap orang-orang bawahannya ( Ibrahim Mamat, 2001).
Walau bagaimanapun, semuanya mempunyai kekuatan dan kelemahan
tersendiri. Tidak ada satupun yang sempurna. Namun teori-teori ini sangat
berguna untuk diteliti oleh orang-orang yang ingin menjadi pemimpin kerana
mereka dapat mengetahui hal-hal yang boleh memberi kesan ke atas kepimpinan.
Jenis-Jenis Kepimpinan
Penyelidikan mengenai jenis kepimpinan ini masih berjalan dengan
lancar dan selain dari jenis yang disebutkan di atas, ada berbagai-bagai lagi gaya kepimpinan. Reddin ,
1970 (dalam Robiah Sidin, 1989) telah membahagikan gaya
kepimpinan mengikut model dimensi yang mengandungi tiga gaya
asas, empat gaya pengurusan yang berkesan dan
empat lagi gaya
pengurusan yang agak kurang berkesan. Manakala Boles dan Davenport,
1975, telah menyarankan beberapa gaya
untuk kepimpinan dan cara dia menggunakan kuasa itu.
Gaya kepimpinan yang pelbagai
menunjukkan bahawa konsep kepimpinan itu adalah amat rumit. Seseorang pentadbir
yang memegang sesuatu jawatan itu tidak semestinya terus dianggap menjadi
seorang pemimpin. Pentadbir harus pertama sekali berupaya menggerakkan
anggota-anggota lain di dalam sesuatu kumpulan itu, membimbing dan mengarahkan
mereka menuju ke suatu matlamat tertentu.
Dalam pada itu, pentadbir harus memastikan bahawa dia mematuhi
norma-norma yang telah ada mengenai seseorang pemimpin. Segala langkah
tindakannya juga harus memberi kepuasan kepada anggota-anggota secara individu.
Untuk membolehkan pentadbir membuat penyesuaian terhadap keperluan-keperluan
yang bermacam-macam lagi kompleks, seseorang pemimpin harus berupaya
mengubahsuai gaya
kepimpinannya mengikut keadaan yang timbul.
Kepimpinan Demokratik (Democratic Leadership)
Pemimpin demokratik percaya kepada penglibatan semua orang dalam
membuat sesuatu keputusan/tindakan. Dia juga percaya kepada musyawarah. Dia
sering menurunkan kuasanya kepada orang-orang bawahan dan memberi kebebasan
kepada mereka untuk membuat sesuatu keputusan berlandaskan kebijaksanaan dan
kebolehan masing-masing.
Pemimpin demokratik berperanan menjadi pembimbing yang baik kepada
kumpulannya. Dia menginsafi peranannya sebagai penyelaras tugas anggotanya
dengan mengutamakan rasa tanggungjawab dan kerjasama baik kepada setiap
individu yang dipimpinnya. Dia juga tahu urusan kumpulan bukan masalah
peribadinya. Kekuatan kumpulan bergantung kepada penglibatan semua pihak.
Sebagai pemimpin, ia menyedari dia tidak mampu bekerja seorang diri. Dia
memerlukan sokongan orang-orang bawahannya. Kuasa diagih-agihkan menyebabkan
semua orang merasa yakin dan senang hati menunaikan tugas masing-masing. Dengan
demikian kumpulan akan terus berjalan lancar dan bergerak maju.
Menurut Ibrahim Mamat (2001), pemimpin demokratik berfungsi sebagai
pemangkin yang mempercepatkan perjalanan proses menuju matlamat dengan cara
yang paling sesuai. Disebabkan kepimpinannya bersifat membantu, dia dihormati
dan dihargai serta dilihat sebagai lambang ‘kebaikan’. Orang bawahan tidak
melihatnya sebagai majikan kerana apabila sesuatu hasil diperolehi, ia dianggap
sebagai hasil dari komitmen bersama, buka hasil dari usahanya bersendirian
kerana dia sedar bahawa dia buka ‘superman’.
Para pemimpin jenis demokratik ini juga
dikatakan mudah lentur dan bergantung kepada sumber-sumber kuasa yang tidak
mendesak seperti kepakaran, memujuk, alasan-alasan yang kukuh dan ganjaran. Di
samping itu, dia juga menekankan konsep perkongsian tanggungjawab apabila
sesuai dan juga memberi kuasa. Jenks (1990) mengaitkan gaya kepimpinan ini juga dengan tingkah laku
dan mengatakan bahawa kepimpinan turut serta mementingkan kedua-dua pengeluaran
dan manusia atau struktur tugas dan timbangrasa. Di antara matlamat
stail kepimpinan ini adalah semangat kerja berpasukan.
Kepimpinan Autokratik (Autocratic Leadership)
Individu autokrat percaya kuasa membuat keputusan mesti dipegang
oleh pemimpin. Dia memberi perintah dan pengikut mesti patuh kepada arahan yang
diberi tanpa banyak soal. Pemimpin autocrat dapat mempastikan tugas-tugas yang
diberi dilaksanakan dengan sempurna oleh orang bawahannya, tetapi oleh kerana
mereka hanya mengikut arahan dan tidak boleh bersuara, semangat kerjasama
mereka lemah dan mereka tidak kreatif serta tidak mempunyai inisiatif.
Para pemimpin autokrat lazimnya berfungsi
secara autonomi memberi tunjuk ajar tentang apa dan bagaimana tugas-tugas harus
dilakukan, membuat keputusan sendiri dan suka memberi arahan (Keith &
Girling, 1991). Kepimpinan mereka dicirikan oleh penekanan yang kuat terhadap
pengeluaran dan kurang terhad elemen manusia (Jenk, 1990). Orang-orang bawahan
diharapkan mengikut dan membuat apa yang mereka diarahkan. Konflik atau masalah
diselesaikan dengan pantas dan komunikasi lebih bersifat dari atas ke bawah.
Mereka menggunakan ganjaran dan hukuman, memuji dan memberi
penghargaan dan selalunya menggunakan kritikan tidak membina (Keith &
Girling, 1991). Power & Power (1983) berpendapat, sekiranya pemimpin ini
berketrampilan, tingkahlakunya yang autokratik itu akan dianggap sebagai beban
yang terpaksa diterima. Jika tidak berketrampilan perasaan marah, kebencian dan
kerisauan akan timbul dan ini akan melumpuhkan seluruh operasi organisasi.
Stail kepimpinan autokratik diangggap berkesan dalam situasi yang terdesak
kerana ia membenarkan proses membuat keputusan yang tepat.
Kepimpinan Lepas-Bebas (Laizssez-Faire Leadership)
Pemimpin jenis ini memberi sepenuh kebebasan kepada orang-orang
bawahan untuk bertindak atau membuat keputusan. Dia tidak mencampuri langsung.
Dia melihat mereka sudah matang, tahu yang mana baik dan yang mana buruk serta
membezakan antara betul dan salah. Baginya mereka bertanggungjawab sepenuhnya
ke atas tindakan yang dilakukan, membiarkan mereka bersendirian dan jangan
mengusik. Apa yang diperlukan hanyalah matlamat yang telah dipersetujuai
tercapai.
Keadaan yang sangat bebas dan liberal ini terkadang memperlihatkan
sesebuah kumpulan itu seolah-olah tidak mempunyai pemimpin kerana setiap orang
bekerja mengikut cara tersendiri. Seandainya orang-orang bawahan betul-betul
matang, maka penghasilannya memang baik, tetapi jika ramai antara mereka yang
kurang matang, maka hasilnya sangat tidak memuaskan kerana mereka seperti
kehilangan pedoman sebab tiada pemandu/pembimbing yang menunjuk arah.
Menurut Keith & Girling (1991), stail kepimpinan laissez-faire
bersandar kepada falsafah membiarkan setiap individu dalam organisasi membuat
kerjanya sendiri. Para pemimpin jenis ini
tidak mempunyai matlamat dan objektif kerja yang jelas dan juga tidak mempunyai
perancangan. Oleh kerana keadaan organisasi di bawah pemimpin-pemimpin itu tidak
ada prosedur untuk membuat keputusan yang jelas, maka konflik antara berbagai
kumpulan dinamik sama ada formal atau tidak formal akan wujud dan sukar untuk
dikawal.
thanks for sharing it
ReplyDeleteair conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators
installment
deep freezer
water dispensers
televisions
sewing machine
furniture
furniture
furniture on installment
installment
installment company in Pakistan
easy installment
home appliance
air conditioner
air conditioner price in pakistan
haier air conditioner
ac price in pakistan
inverter ac price in pakistan
ac
floor standing ac
gree
haier air conditoner
wedding packages
11 11 sale
11 11 sale in pakistan
11.11 sale