1DASAR KURIKULUM DAN SISTEM PEPERIKSAAN YANG SAMA
2.1 Pengenalan
Ini dilakukan dengan menyelaraskan sukatan dan rancangan
yang hendak diajar oleh guru terhadap pelajar sekolah. Sukatan ini diselaraskan
tanpa mengira jenis dan kategori sekolah. Tujuan dilakukan penyelarasan ini
ialah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai tahap kemampuan dan kebolehan
yang sama. Kurikulum Kebangsaan yang diselaraskan ini wajib diguna oleh semua
pihak. Perkara ini telahpun disentuh dalam Seksyen 18 (1), Akta Pendidikan
(1996):
“Menteri
hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Kebangsaan
yang, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah digunakan oleh semua sekolah
dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.”
Selain itu, bahasa Malaysia juga dijadikan ukuran untuk
menilai pencapaian yang diperolehi oleh pelajar dalam peperiksaan awam. Di
peringkat pengajian tinggi, kedudukan Bahasa Malaysia juga sama dengan apa yang
berlaku di sekolah. Setiap pelajar institusi pengajian tinggi wajib mengambil
peperiksaan Bahasa Malaysia sebagai satu syarat untuk mendapat pengijazahan.
1.2 Matlamat dan nilai
dasar
Di antara matlamat dasar
kurikulum sama ini ialah ia dapat menyatukan sistem pelajaran bagi mengalakkan
percantuman dan perpaduan negara. Ia
juga dapat menyesuai dan meluaskan -rancangan pelajaran dan latihan bagi
mencapai keperluan - keperluan negara mengenai tenaga rakyat. Selauin itu, ia
juga dapat membaiki mutu pelajaran untuk membentuk satu masyarakat yang maju
berasaskan kepada sains dan teknologi moden. Ia juga mampu membaiki keupayaan
untuk menjalankan penyelidikan , perancangan dan pelaksanaan bagi mencapai
tujuan - tujuan yang tersebut di atas.
1.3 Pelaksanaan dasar
Kurikulum
sekolah diubah supaya berorientasikan Malaysia tanpa mengira bahasa
pengantarnya. Semua
sekolah rendah menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan semua
sekolah menengah menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Pendidikan berunsurkan ketatanegaraan dan cintakan Malaysia telah diserapkan ke
dalam semua matapelajaran. Dengan cara ini semangat kebangsaan dan sifat taat
setia kepada negara dapat dipupuk. Oleh sebab penekanan dibuat ke atas keadaan
hidup rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya , maka sifat – sifat
toleransi, persefahaman dan tolak ansur boleh dibentuk bagi melahirkan sebuah
mastarakat yang bersatupadu
1.4 Faedah
Dalam
kurikulum dan peperiksaan yang sama ini, ia boleh mengurangkan jurang perbezaan
dalam peluang-peluang antara kawasan-kawasan dan kaum kaum dengan pembinaan
sekolah-sekolah baru dan kemudahan-kemudahan asrama, mengantikan sekolah2 buruk
dan membekalkan alat2 mengajar dan kelengkapan makmal
serta menambah bilangan guru terlatih untuk
sekolah-sekolah di luar bandar. Selain itu, ia juga mampu membaiki mutu pelajaran dengan mengurangkan bilangan yang terkandas,
membuat penilaian serta membaiki sukatan - sukatan pelajaran,
teknik mengajar, kemudahan – kemudahan nisbah antara
guru dan murid serta menyeimbangkan di antara mata –
matapelajaran am dengan sains dan teknologi.
1.5 Kesan negatif
Diantara kesan negatif ialah keruntuhan di kalangan
pelajar juga berlaku dengan meluasnya. Ramai para pelajar yang berumur di
antara 13 – 19 tahun terlibat dalam penyalahgunaan dadah, lari dari rumah,
rogol dan jenayah-jenayah lain.Kajian tentang penglibatan dadah yang dibuat
terhadap 90 buah sekolah menengah di seluruh Negara menunjukkan 343 orang
pelajar terlibat dalam penagihan dadah. Ini bermakna bermakna hitung panjang
murid yang menagih dadah di setiap sekolah adalah 4 orang. Ramai juga pelajar
yang terlibat dalam kes meminum minuman keras tatkala usia mereka baru mencapai
15 tahun. Terdapat di kalangan mereka yang selalu pergi ke kelab-kelab malam
kerana mencari hiburan dan menikmati minuman keras. Sebilangan pelajar yang
berumur 14 hingga 16 tahun atau pelajar tingkatan empat dan enam rendah
menganggap tahun pelajaran mereka adalah “tahun bulan madu”, dan merupakan masa
untuk mereka berpesta dan bersuka ria serta melakukan apa saja mengikut
kehendak mereka tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Ini mungkin disebabkan
menurut ketetapan Dasar pendidikan. (Fazilah, 1996)
Kegagalan tersebut mungkin disebabkan Dasar Pelajaran
hanya mempunyai matlamat dan falsafah yang tersurat tetapi tidak dilaksanakan
sepenuhnya. Perlaksanaan Dasar Pelajaran tanpa falsafah menjadikannya
sistem itu menyimpang dan menyeleweng jauh dari dasar ilham pendidikan yang
sebenar. Penekanan dalam perlaksanaannya hanya diberi terhadap pencapaian
akademik yang berorientasikan peperiksaan, sedangkan aspek akhlak dan
kerohanian diabaikan. Maka lahirlah golongan yang berilmu tetapi
berkeperibadian mulia. Kadar pengangguran di negara ini juga masih tinggi.
Buktinya, ramai di kalangan lepasan sekolah menengah dan universiti yang belum
memiliki sebarang pekerjaan dan pendapatan sedangkan mereka mempunyai kelulusan
yang baik di bidang akademik. Kenapa perkara ini berlaku? Pada pandangan saya,
antara beberapa faktor penyebab adalah sesetengah daripada mereka hanya
memiliki pengetahuan, tetapi tidak tidak mampu mengembangkan potensi diri
secara menyeluruh. Maka akan lahirlah pelajar-pelajar yang terlalu berharap
dengan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka dan enggan berusaha. Itu
realitinya.
Selain itu, di negara ini juga terbentuk beberapa
kumpulan yang saling berbeza pandangan. Perbezaan idealogi ini bukan tidak
baik. Malah ia sangat penting kerana dari sanalah cetusan idea yang lebih baik
akan terbentuk. Namun apa yang agak merunsingkan kadang kala idealogi yang agak
melampau boleh mencetus kekecohan dan ‘peperangan’ sesama sendiri. Bahkan yang
lebih teruk boleh mencetuhkan huru-hara dan krisis dalam negara. Hal ini
mungkin disebabkan perlaksanaan Dasar Pelajaran sebelum ini gagal menyampaikan
konsep ilmu dengan padu. Keadaan ini menjadikan ilmu-ilmu yang diajar sama ada
sains sastera dan agama seolah-olah separuh bena (partial truth) dan
berpisah-pisah antara satu sama lain. Maka tidak hairanlah jika lahir dua
golongan yang bertentangan pendapat dan pemikiran di dalam masyarakat.
Golongan-golongan tersebut terdiri daripada mereka yang mementingkan ideologi
masing-masing tanpa menghiraukan pandangan orang lain.
2. KRITIKAN DAN KOMEN
3.1 Perspektif politik
Dalam
konteks politik, nilai politik (Rahim Rashid, 2000) seperti setia, patriotisme,
demokrasi dan kepemimpinan perlu diamalkan dalam konteks kehidupan masyarakat
majmuk ini. Oleh itu, kurikulum Sejarah yang dibentuk perlu memberi penekanan
kepada unsur nilai ini selari dengan hasrat untuk melahirkan generasi pelajar
yang dapat memahami dan berinteraksi dengan lebih harmoni, khususnya dalam
konteks masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Dalam konteks pendidikan Sejarah,
penerapan nilai ini ialah proses menanam, memupuk dan mengembangkan nilai-nilai
ini dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, penekanan kepada unsur nilai
kemasyarakatan dan nilai politik ini akan dapat membantu meningkatkan integrasi
kaum dalam kalangan pelajar di negara ini sejak peringkat awal lagi. Ringkasnya
penerapan nilai dalam kurikulum Sejarah sama ada daripada aspek kemasyarakatan
mahupun politik dilihat sebagai landasan terbaik dalam melahirkan pelajar yang
memahami pentingnya integrasi dalam masyarakat berbilang kaum ini.
3.1 Perspektif sosial
Usaha
untuk memperkasa perpaduan dan integrasi kaum melalui kurikulum sama tiada
jalan noktahnya. Kurikulum yang sama dilihat sebagai wadah terbaik untuk
merealisasikan hasrat ini. Walaupun pelbagai usaha dan langkah telah diambil
oleh pihak kerajaan mahupun badan-badan bukan kerajaan. Dalam konteks Malaysia
yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik ini, usaha yang berterusan perlulah
dilakukan untuk memelihara dan memperkukuh perpaduan dan integrasi masyarakat
pelbagai kaum ini. Langkah kerajaan untuk membentuk dasar kurikulum sama ini
iaitu sentiasa memantau pelaksanaan kurikulum dianggap satu langkah tepat dan
bersesuaian dengan konteks semasa. Sebagai rakyat Malaysia, semuanya amat
berharap pada suatu hari nanti isu ini akan menemui titik noktahnya. Untuk itu,
semua kaum perlulah menanam sikap kekitaan, toleransi dan saling mempercayai
antara satu sama lain selain meletakkan kepentingan nasional dan kesejahteraan
negara melebihi kepentingan etnik masingmasing. Kita tidak mahu isu dan dilema
perpaduan ini akan terus menjadi duri dalam daging untuk tempoh 50 tahun yang
akan datang. Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB
Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak telah membuka lembaran baru ke
arah memperkasa perpaduan kaum dalam masyarakat pelbagai etnik di negara ini.
Oleh itu, kurikulum yang sama dilihat sebagai medium yang sangat
signifikan dalam merealisasikan hasrat ini.
3.3 Perspektif pendidikan
Dari perspektif pendidikan,
ia berkaita rapat dengan proses perkembangan kurikulum sebagai sifatnya yang
sentiasa berubah turut dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran yang
merangsang reaksi manusia yang terlibat dalam kepentingannya. Hasrat terhadap
perubahan kurikulum itu menggambarkan keperluan pendidikan yang menjadi wadah
penerusan kepada kemajuan tamadun bangsa dan negara itu sendiri. Sebenarnya,
faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan [perkembangan kurikulum adalah
elemen yang saling berkait antara satu sama lain. Dapatlah dikatakan bahawa
faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kurikulum itu sendiri mencerminkan
idealisme dan perubahan keperluanmasyarakat dan negara, melalui institusi
persekolahan yang akan meneruskan kebudayaan atau mencetuskan tamadun baru.
3.4 Perspektif Moral
Mata
pelajaran Sejarah di sekolah dilihat sangat relevan dalam memupuk nilai-nilai
kemasyarakatan, intelektual dan sosial untuk mencorakkan perkembangan
personaliti yang lebih seimbang. Lewenstein (1963) dalam membincangkan
sumbangan pendidikan sejarah, menekankan betapa pentingnya pendidikan ini dalam
mengembangkan nilai dalam kalangan pelajar. Menurut Rahim Rashid (2000),
penerapan nilai dalam pendidikan Sejarah terbahagi kepada 4 iaitu (i) nilai
individu, (ii) nilai politik, (iii) nilai sosial dan kemasyarakatan dan (iv)
nilai intelek. Pemahaman dan pengetahuan tentang unsur nilai ini mempunyai
signifikannya dalam memupuk perpaduan dan integrasi dalam kalangan pelajar
pelbagai kaum. Hal ini akan dapat membantu mereka memahami pentingnya mengamalkan
nilai-nilai sosial dan kemasyarakatan yang positif dalam kehidupan mereka
seperti keadilan, kekitaan, kemanusiaan dan semangat bermasyarakat.
3.5 Perspektif ekologi
Falsafah atau
prinsip-prinsip dasar yang terkandung di dalam teori dan konsep-konsep ekologi
selain menjadi kebijakan bagi fomulasi paradigma dan etika ekologi, juga
dikembangkan sebagai perspektif ekologi. Ife (2002) memperkenalkan empat
prinsip ekologi yang banyak digunakan sebagai perspektif oleh kalangan
intelektual, ilmuwan, dan penggiat hijau atau green.
Ada dua hal penting yang terdapat pada integrasi
perspektif ekologi dalam proses pendidikan di Sekolah Alam Bogor (SAB).
Pertama, cara menumbuhkembangkan pemahaman dan kesadaran lingkungan ini
dapat dilakukan dengan berbagai cara dan berbagai media, salah satunya dengan
menggunakan media sekolah sebagai institusi formal yang memiliki peranan besar
untuk mengubah kesadaran anak didik. Sekolah alam adalah sekolah
dengan konsep pendidikan berbasis alam semesta. SAB memiliki perspektif ekologi
yang ekosentrisme, akan tetapi masih dalam tahap instrumental. Dengan adanya
kondisi yang seperti ini, maka SAB masih berada pada pandangan biosentrisme.
SAB secara umum sudah menerapkan empat prinsip ekologi, yaitu holistik,
kebelanjutan, keanekaragaman, dan keseimbangan (Ife, 2002).
Kedua, SAB
memiliki empat pilar proses pembelajaran, antara lain akhlak, logic science,
kepemimpinan, dan kewirausahan. Hal inilah yang menyebabkan nilai, etika,
dan moral anak dapat terbentuk sejak anak usia dini. Pendidikan lingkungan
menjadi pembelajaran yang penting di SAB, namun dalam kenyatanya pendidikan
lngkungan yang diberikan di sekolah alam masih belum diimbangi dengan pendidikan
lingkungan yang diberikan di keluarga, sebagai tempat pertama dan utama dalam
membentuk pola perilaku anak.
3. Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, semenjak merdeka Malaysia telah
meletakkan matlamat dan landasan yang jelas untuk negara ini. Malaysia
bermatlamat menjadi sebuah negara yang bermasyarakat majmuk yang bersatu padu,
mengamalkan demokrasi berparlimen dan berjaya sebagai sebuah negara yang makmur
dan maju. Ini semua dapat dilakukan dengan menambah baik sistem pendidikan di
negara ini. Oleh itu, dalam proses mencapai semua matlamat tersebut, Malaysia
seperti negara-negara lain di dunia telah menyusun strategi dan perancangan
yang perlu bagi merealisasikan semua cita-cita tersebut. Strategi dan
perancangan ini disusun dengan rapi oleh kerajaan yang memerintah dan ini
dilakukan dengan membentuk dasar-dasar yang perlu supaya dilaksanakan demi
memajukan dan memakmurkan negara secara keseluruhan.
thanks for sharing it
ReplyDeleteair conditioner
mobile phone on installment
refrigerators price in pakistan
refrigerator
haier refrigerators
orient refrigerators
installment
deep freezer
water dispensers
televisions
sewing machine
furniture
furniture
furniture on installment
installment
installment company in Pakistan
easy installment
home appliance
air conditioner
air conditioner price in pakistan
haier air conditioner
ac price in pakistan
inverter ac price in pakistan
ac
floor standing ac
gree
haier air conditoner
wedding packages
11 11 sale
11 11 sale in pakistan
11.11 sale